DUNIA
Zelenskyy dakwa komponen Britain dikesan dalam peluru berpandu, dron Rusia
Zelenskyy mendakwa, komponen mikrokomputer buatan Britain antara lebih 100,000 bahagian buatan asing yang digunakan dalam peluru berpandu dan dron Rusia yang terlibat dalam serangan maut di Ukraine pada Ahad. - Gambar fail AP
KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mendakwa, komponen mikrokomputer buatan Britain antara lebih 100,000 bahagian buatan asing yang digunakan dalam peluru berpandu dan dron Rusia yang terlibat dalam serangan maut di Ukraine pada Ahad.
Zelensky berkata, siasatan mendapati komponen asal dari beberapa negara sekutu seperti Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat turut dikesan, sekali gus menggesa sekatan tambahan yang lebih berkesan dikenakan terhadap Moscow.
Jabatan Perniagaan dan Perdagangan Britain (DBT) dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya sedang memperhebat tindakan terhadap syarikat-syarikat tempatan yang produknya dipercayai masih menembusi rantaian bekalan ketenteraan Rusia.
“Kami memandang serius laporan mengenai barangan keluaran syarikat Britain yang ditemui dalam senjata Rusia,” kata jurucakap DBT.
Menurut jurucakap itu lagi, kerajaan telah mengharamkan eksport ribuan barangan ke Rusia termasuk semua peralatan medan perang yang diminta Ukraine, di samping mengenakan pakej sekatan paling tegas terhadap negara tersebut.
Mana-mana individu atau syarikat yang gagal mematuhi sekatan boleh dikenakan denda besar atau tindakan jenayah, tambahnya.
Setakat ini, lebih 20 bilion pound (AS$26.9 bilion) dagangan antara United Kingdom dan Rusia telah tertakluk kepada sekatan.
Dalam kenyataan di platform X, Zelensky menulis bahawa “mikrokomputer bagi kawalan penerbangan dron dihasilkan di United Kingdom”, sambil menegaskan pentingnya menutup semua saluran yang cuba mengelak sekatan antarabangsa.
Beliau menambah, negara-negara yang menyokong Ukraine sudah memiliki data terperinci mengenai setiap syarikat dan produk yang masih digunakan dalam pembuatan senjata Rusia.
Komponen dari China, Taiwan dan Belanda turut dikenal pasti dalam senjata Rusia, katanya lagi.
Serangan pada Ahad lalu menyaksikan empat sekeluarga termasuk seorang remaja perempuan berusia 15 tahun terbunuh di kampung Lapaivka selepas Rusia melancarkan 549 peluru berpandu dan dron, kebanyakannya menyasarkan wilayah barat Lviv.
Sejak pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada Februari 2022, Rusia kini menjadi negara paling banyak dikenakan sekatan di dunia.
Namun, ekonomi negara itu dilaporkan masih bertahan melalui peningkatan besar perbelanjaan ketenteraan serta jualan tenaga kepada China dan India selepas negara-negara Eropah mengurangkan pembelian mereka.
Bagaimanapun, pakar-pakar Barat kini melihat tanda-tanda ekonomi Rusia semakin tertekan, dengan Menteri Pembangunan Ekonominya, Maxim Reshetnikov, memberi amaran pada Jun lalu bahawa ekonomi negara itu kini berada “di ambang kemelesetan.” - Agensi