DUNIA
Zelenskyy gesa Trump tamatkan perang Ukraine seperti di Asia Barat
Zelenskyy menyifatkan perbualan dengan Presiden AS sebagai “positif dan produktif”, sambil mengucapkan tahniah kepada Trump atas rancangan gencatan senjata luar biasa di Asia Barat. - Gambar Facebook Volodymyr Zelenskyy
KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menjadi perantara perdamaian di Ukraine sebagaimana kejayaannya memeterai gencatan senjata di Asia Barat, susulan perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin itu pada Sabtu.
Dalam kenyataan di Facebook, Zelenskyy menyifatkan perbualan itu sebagai “positif dan produktif”, sambil mengucapkan tahniah kepada Trump atas rancangan gencatan senjata luar biasa di Asia Barat.
“Jika peperangan boleh dihentikan di satu wilayah, maka perang lain juga boleh dihentikan, termasuk peperangan yang dicetuskan Rusia,” katanya, sambil menggesa Trump untuk menekan Moscow agar kembali ke meja rundingan.
Panggilan itu dibuat sehari selepas Rusia melancarkan serangan besar-besaran ke atas sistem tenaga Ukraine, menyebabkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan termasuk ibu negara, Kyiv, serta sembilan wilayah lain.
Usaha diplomatik untuk menamatkan pencerobohan Rusia dilihat terhenti dalam beberapa bulan kebelakangan ini, sebahagiannya kerana tumpuan dunia beralih kepada konflik antara Israel dan Hamas yang kini memasuki tahun kedua.
Trump, yang mengumumkan fasa pertama perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas pada Rabu lalu, sebelum ini pernah bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, pada Ogos namun gagal mencapai sebarang persetujuan damai.
Dalam kenyataan di platform X, Zelenskyy turut memaklumkan mereka membincangkan usaha memperkukuh pertahanan udara Ukraine serta beberapa perjanjian baharu yang sedang diusahakan.
“Terdapat pilihan baik dan idea kukuh untuk benar-benar memperkasakan pertahanan kami,” katanya.
Hubungan Zelenskyy-Trump kembali pulih
Hubungan antara kedua-dua pemimpin itu dilihat semakin baik sejak Februari lalu, selepas ketegangan ketika pertemuan mereka di White House sebelum ini.
Trump kini dilihat lebih tegas terhadap Moscow, sambil menunjukkan sokongan terbuka kepada Ukraine.
Pada September, beliau menulis di platform Truth Social bahawa Kyiv perlu berusaha “mengambil semula semua wilayah yang diduduki” dengan bantuan Eropah dan NATO.
Dalam perkembangan berkaitan, Melania Trump pada Jumaat mendakwa, beliau berjaya membebaskan beberapa kanak-kanak Ukraine yang diculik Rusia, hasil komunikasi khas yang dijalinnya dengan Presiden Putin.
Serangan Rusia lumpuhkan bekalan tenaga Ukraine
Sementara itu, serangan udara Rusia pada Sabtu mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang dan memutuskan bekalan elektrik di sebahagian wilayah selatan Odesa, menurut pegawai Ukraine.
Moscow dilaporkan menyasarkan sistem tenaga Ukraine setiap musim sejuk sejak 2022, menyebabkan jutaan rumah kehilangan bekalan elektrik dan pemanasan, serta menjejaskan bekalan air - sesuatu yang disifatkan Kyiv sebagai jenayah perang terang-terangan.
Rusia bagaimanapun menafikan menyasarkan orang awam dan mendakwa kemudahan tenaga digunakan bagi tujuan ketenteraan oleh Ukraine.
Dalam pada itu, serangan dron Ukraine ke atas Rusia dilaporkan mengorbankan dua individu, menurut pegawai tempatan negara itu.
Kedua-dua negara terus saling menuding jari atas kegagalan rundingan damai, dengan Moscow menuduh Kyiv serta sekutunya di Eropah menggagalkan proses perbincangan bersama Washington, manakala Ukraine menuduh Rusia menangguhkan rundingan untuk menawan lebih banyak wilayah.
Konflik berlarutan sejak 2022
Rusia melancarkan pencerobohan berskala penuh ke atas Ukraine pada Februari 2022, dengan alasan untuk “menyahmilitarisasi” Ukraine dan menghalang perluasan NATO.
Bagaimanapun, Kyiv serta sekutunya di Eropah menegaskan perang itu merupakan pencerobohan tidak sah yang telah mengorbankan puluhan ribu nyawa tentera dan orang awam, selain memusnahkan banyak kawasan kediaman.
Sejak 2022, jutaan rakyat Ukraine terpaksa meninggalkan negara itu, sementara Rusia kini menguasai kira-kira satu perlima wilayah Ukraine - kebanyakannya musnah akibat pertempuran berpanjangan. - Agensi