DUNIA
Zelenskyy jumpa Trump esok untuk bincang usaha tamatkan perang dengan Rusia
Zelenskyy (kiri) mengesahkan beliau akan bertemu Presiden Donald Trump, di Florida esok bagi membincangkan usaha menamatkan perang berskala penuh Rusia. - Gambar fail AP
KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, mengesahkan beliau akan bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, di Florida esok (Ahad) bagi membincangkan usaha menamatkan perang berskala penuh Rusia.
Zelenskyy menjelaskan, pertemuan itu akan tertumpu pada pelan damai 20 perkara yang diusahakan Washington, selain cadangan jaminan keselamatan daripada AS.
Bagaimanapun, seorang pegawai kanan Rusia menyifatkan pelan tersebut sebagai “sangat berbeza” daripada rundingan yang sedang dijalankan dengan Washington.
Moscow sebelum ini menyatakan terdapat “kemajuan perlahan tetapi konsisten” dalam rundingan, namun tidak mengulas tawaran Zelenskyy untuk menarik balik tentera dari Donbas sekiranya Rusia melakukan perkara sama.
Ukraine turut berusaha mendapatkan jaminan keselamatan daripada AS sebagai sebahagian daripada perjanjian, termasuk cadangan mewujudkan zon ekonomi bebas di kawasan Donbas yang gagal ditawan Rusia.
Dalam kenyataan kepada media pada Jumaat, Zelenskyy berkata, pelan damai itu kini 90 peratus siap.
“Tugas kami adalah memastikan semuanya 100 peratus lengkap,” katanya.
Beliau turut menulis di media sosial: “Kami tidak membuang masa. Pertemuan di peringkat tertinggi dengan Presiden Trump telah dipersetujui. Banyak perkara boleh diputuskan sebelum tahun baharu.”
Sementara itu, Kremlin mengesahkan pegawai tertinggi Rusia terus mengadakan perbincangan dengan AS melalui telefon, selepas utusan Kirill Dmitriev pulang dari Florida minggu lalu.
Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergey Ryabkov menyifatkan perkembangan terkini sebagai positif, namun menuduh Ukraine cuba menggagalkan rundingan.
“Sama ada kita mampu membuat langkah terakhir bergantung kepada kerja dan kemahuan politik pihak lain,” katanya kepada televisyen Rusia.
Dalam masa sama, serangan udara Rusia dilaporkan mengorbankan dua orang dan mencederakan beberapa lagi di Kharkiv, selepas berita mengenai lawatan Zelenskyy ke Florida tersebar.
Pertemuan hujung minggu ini dijangka membincangkan beberapa dokumen termasuk jaminan keselamatan AS dan perjanjian ekonomi.
Namun isu wilayah kekal menjadi cabaran utama, selain masa depan loji nuklear Zaporizhzhia yang kini dikuasai tentera Rusia.
Cadangan AS termasuk mewujudkan zon bebas tentera di timur Ukraine, di mana kedua-dua pihak bersetuju tidak menempatkan tentera – satu kompromi bagi mengelak pertikaian pemilikan wilayah.
Dalam perkembangan lain, pertempuran dan serangan udara terus berlaku dengan korban dilaporkan di Uman dan Kharkiv.
Tentera udara Ukraine memaklumkan, sebanyak 73 dron ditembak jatuh pada Jumaat, manakala Rusia mendakwa menangkis serangan dron dan peluru berpandu Ukraine. - Agensi