awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Tangan kami terlepas...saya yang lemas, dia yang meninggal dunia'
Seorang maut, 26 cedera dalam nahas 50 kenderaan di lebuh raya Jepun
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zionis Israel langgar gencatan senjata, serang Masjid Al-Aqsa

Fareez Azman
Fareez Azman
21/05/2021
12:23 MYT
Zionis Israel langgar gencatan senjata, serang Masjid Al-Aqsa
Polis Israel melakukan provokasi dengan menyerang Masjid Al-Aqsa selepas rakyat Palestin selesai solat Jumaat. - Gambar: Twitter Jati Ikhwan
TIDAK sampai 24 jam gencatan senjata diumumkan, rejim Zionis sudah pun melanggar persetujuan tersebut.
Pihak polis Israel bertindak menyerbu ruang sekitar Masjid Al-Aqsa dan melepaskan gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin.
Al-Jazeera melaporkan, sebaik selepas solat Jumaat, jemaah melaungkan slogan meraikan gencatan senjata antara Hamas dan Israel.
Namun, polis kemudiannya bertindak melepaskan bom asap dan gas pemedih mata kepada jemaah.
Bahkan, mereka turut naik ke bumbung Masjid Al-Qibli serta mengacu senapang ke arah orang awam yang berada berhampiran.
Tindakan terbaharu itu membuktikan Zionis, sama juga seperti dahulu, tidak langsung menghormati gencatan senjata yang dipersetujui Israel dan dua kumpulan pejuang utama di Gaza
Terdahulu, laporan agensi berita Turki Anadolu melaporkan ribuan warga Palestin dari wilayah Timur Baitul Maqdis membanjiri kawasan sekitar Masjid Al-Aqsa sejak pagi Jumaat untuk meraikan gencatan senjata.
BACA: Hamas, Israel setuju gencatan senjata tamatkan ketegangan di Gaza
BACA: Gencatan senjata Hamas-Israel: Sorakan kegembiraan bergema di Gaza
Gencatan senjata itu berkuatkuasa pada hari Jumaat, jam dua pagi waktu tempatan, susulan 11 hari serangan udara rejim Zionis ke atas Gaza.
Topic Berkaitan
#Israel
#Hamas
#Gaza
#Turki
#polis
#bom
#serangan
#rakyat
#Zionis
#Solat Jumaat
#gas pemedih mata
#Palestin
#Masjid Al-Aqsa
#rejim Zionis
#gencatan senjata
#Solidariti Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan