awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Zon kemanusiaan' Israel suatu pembohongan, tiada tempat selamat di Gaza - UNRWA

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
19/05/2024
06:56 MYT
'Zon kemanusiaan' Israel suatu pembohongan, tiada tempat selamat di Gaza - UNRWA
Kemusnahan akibat serangan tentera Israel di Rafah. - foto/RUETERS
Dakwaan rejim Israel bahawa penduduk Gaza boleh berpindah ke 'zon selamat' atau 'zon kemanusiaan' ialah satu pembohongan.
Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini berkata tidak ada tempat yang selamat di Gaza dan setiap kali rakyat Palestin dipaksa berpindah, mereka terpaksa berjalan sehelai sepinggang serta terdedah kepada serangan tentera Zionis.
"Sekali lagi, hampir separuh daripada populasi Rafah atau 800,000 orang berada di jalanan, dipaksa melarikan diri sejak tentera Israel memulakan operasi ketenteraan di Rafah pada 6 Mei.
"Sebagai tindak balas kepada arahan berpindah, orang awam melarikan diri ke kawasan yang kononnya selamat, mereka menuju ke tengah (Gaza) dan Khan Younis termasuk (berlindung) dalam runtuhan bangunan," katanya.
Beliau membuat kenyataan tersebut melalui hantaran di media sosial pada Sabtu.
Tambah Lazzarini, hatta pusat perlindungan yang dikendalikan oleh UNRWA juga tidak lagi selamat.
Menurut pegawai tertinggi badan kemanusiaan itu lagi, situasi lebih buruk apabila bekalan dan bantuan kemanusiaan asas tidak mencukupi. Malah, bekalan makanan dan lain-lain keperluan yang dimiliki oleh komuniti kemanusiaan yang berada di Palestin juga sudah habis.
"Pintu masuk utama ke Gaza masih tertutup atau tidak selamat memandangkan ia berada berdekatan zon serangan.
"Pengagihan bantuan adalah hampir mustahil tanpa import berkala bahan api, talian komunikasi yang tidak stabil dan operasi ketenteraan yang berterusan," ujarnya.
Lazzarini berkata, setakat 6 Mei lalu, hanya 33 trak bantuan yang berjaya masuk ke Selatan Gaza. Jumlah yang terlalu sedikit untuk menampung keperluan peningkatan penduduk yang hilang tempat tinggal.
"Sementara kami mengalu-alukan laporan mengenai ketibaan bantuan melalui kapal yang pertama di limbungan baharu. (Pun begitu) laluan darat kekal sebagai pilihan terbaik, berkesan, efisien dan selamat untuk penghantaran bantuan," tambahnya.
UNRWA menggesa gencatan senjata antara semua pihak termasuk Israel dan Hamas segera dilaksanakan.
Once again, nearly half of the population of Rafah or 800,000 people are on the road, having been forced to flee since the Israeli Forces started the military operation in the area on 6 May. In response to evacuation orders demanding people to flee to so-called safe zones,
— Philippe Lazzarini (@UNLazzarini) May 18, 2024
Topic Berkaitan
#Gaza
#Palestin
#Israel
#Zionis
#pelarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan