DUNIA
Zoo milik anak bilionair India disiasat susulan dakwaan haiwan diperoleh secara 'haram'
Vantara yang diuruskan Anant Ambani, anak kepada individu terkaya Asia, Mukesh Ambani, menempatkan ratusan gajah, harimau dan pelbagai spesies lain. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Sebuah zoo persendirian milik keluarga bilionair Ambani di India kini berdepan siasatan selepas Mahkamah Agung negara itu mengarahkan siasatan berhubung dakwaan haiwan diperoleh secara tidak sah dan dianiaya.
Siasatan juga akan meneliti kemungkinan pelanggaran undang-undang hidupan liar di Vantara, selain tuduhan penyelewengan kewangan serta pengubahan wang haram.
Mahkamah Agung menegaskan, tiada bukti kukuh menyokong dakwaan tersebut, namun siasatan tetap perlu dilakukan kerana pihak berkuasa didakwa gagal menjalankan tanggungjawab mereka.
Vantara yang diuruskan Anant Ambani, anak kepada individu terkaya Asia, Mukesh Ambani, menempatkan ratusan gajah, harimau dan pelbagai spesies lain.
Ia turut mendakwa sebagai pusat pemulihan hidupan liar terbesar dunia dengan keluasan 3,500 ekar dan lebih 2,000 spesies haiwan.
Dalam kenyataannya, Vantara menegaskan komitmen terhadap ketelusan, pematuhan undang-undang dan kebajikan haiwan.
“Fokus kami tetap pada usaha menyelamat, pemulihan dan penjagaan haiwan,” jelas pengurusan Vantara tanpa mengulas lanjut berhubung tuduhan yang dibangkitkan.
Zoo itu terletak di Jamnagar, Gujarat, bersebelahan kompleks penapisan minyak terbesar dunia milik Reliance.
Ia dirasmikan Perdana Menteri Narendra Modi pada Mac lalu, namun tidak dibuka kepada orang awam dan sering dikritik aktivis alam sekitar.
Ketika prosiding, Mahkamah Agung menubuhkan pasukan siasatan khas (SIT) terdiri daripada empat bekas hakim, yang perlu mengemukakan laporan penemuan mereka menjelang 12 September.
Siasatan itu akan memberi tumpuan terhadap dakwaan pemilikan haiwan secara haram, khususnya gajah, pelanggaran undang-undang hidupan liar, isu kewangan serta lokasi pusat yang berhampiran zon industri.
Kontroversi mengenai Vantara memuncak baru-baru ini apabila seekor gajah bernama Mahadevi, yang ditempatkan di sebuah kuil Jain di Maharashtra selama lebih tiga dekad, dipindahkan ke pusat itu selepas arahan mahkamah tinggi.
Keputusan itu mencetuskan bantahan keras di negeri berkenaan sehingga mendorong Ketua Menteri Maharashtra memaklumkan, kerajaan negeri akan memfailkan semakan di Mahkamah Agung untuk membawa semula gajah tersebut.
Vantara juga pernah menjadi tumpuan dunia apabila dijadikan lokasi sebahagian majlis pra-perkahwinan mewah Anant Ambani tahun lalu, yang turut dihadiri bintang Bollywood, ahli politik dan pemimpin perniagaan global.
Mahkamah menetapkan 15 September ini untuk mendengar laporan awal hasil siasatan SIT. - Agensi