awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zoran Milanovic angkat sumpah sebagai Presiden Croatia untuk penggal kedua

Bernama
Bernama
18/02/2025
15:55 MYT
Zoran Milanovic angkat sumpah sebagai Presiden Croatia untuk penggal kedua
Milanovic menekankan kepentingan institusi negara dalam memastikan keamanan dan keselamatan rakyat. - AP
ZAGREB: Zoran Milanovic mengangkat sumpah sebagai Presiden Croatia bagi penggal kedua pada Selasa susulan kemenangannya dalam pilihan raya negara itu.
Menurut Anadolu Ajansi, majlis angkat sumpah yang berlangsung di Istana Presiden di ibu negara, Zagreb, dihadiri oleh bekas presiden, pegawai tentera serta wakil organisasi politik dan masyarakat sivil, namun Speaker Parlimen Gordan Jandrokovic dan Perdana Menteri Andrej Plenkovic tidak hadir.
Dalam ucapannya, Milanovic menekankan kepentingan institusi negara dalam memastikan keamanan dan keselamatan rakyat serta keperluan untuk melaksanakan reformasi undang-undang dan sosial bagi menangani ketidakadilan serta rasuah.
Beliau turut menegaskan kepentingan penambahbaikan dalam sektor pendidikan, kesihatan dan sistem kehakiman, sambil mengakui cabaran ekonomi yang masih dihadapi meskipun terdapat pertumbuhan.
Dalam pusingan pertama pilihan raya pada Disember 2024, Milanovic memperoleh 49.1 peratus undi, manakala pencabarnya, Dragan Primorac dari parti HDZ, meraih 19.4 peratus.
Dalam pusingan kedua pada 12 Jan, Milanovic menang dengan lebih 74 peratus undi.
Dilahirkan pada 1966 di Zagreb, Milanovic berkhidmat dalam pelbagai peranan diplomatik sebelum menjadi pemimpin Parti Demokratik Sosial (SDP) pada 2008.
Selepas membawa SDP meraih kemenangan pada 2011, beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri sehingga 2016 sebelum kembali ke arena politik pada 2019 sebagai calon presiden mewakili SDP.
Beliau fasih dalam Bahasa Inggeris, Rusia dan Perancis serta dikenali kerana pertelingkahannya dengan Perdana Menteri Plenkovic.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Croatia
#presiden croatia
#Zoran Milanovic
#politik croatia
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan