awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zuckerberg mengaku bertanggungjawab pengurangan pekerja bermula Rabu

Bernama
Bernama
09/11/2022
04:40 MYT
Zuckerberg mengaku bertanggungjawab pengurangan pekerja bermula Rabu
Zuckerberg mengakui bahawa syarikat itu telah menggaji pekerja terlalu ramai kerana "terlalu optimis" dengan unjuran masa depannya. - Reuters
WASHINGTON: Ketua eksekutif Meta, Mark Zuckerberg mengaku bertanggungjawab ke atas pemberhentian besar-besaran pekerjanya berkuat kuasa pada Rabu, lapor Sputnik memetik laporan Wall Street Journal pada Selasa.
Beribu-ribu pekerja Meta dijangka diberhentikan bagi mengurangkan tenaga kerja dalam sektor teknologi itu dan ia adalah yang pertama dalam sejarah 18 tahun syarikat itu.
Zuckerberg mengumumkan pemberhentian pekerja ketika sesi mesyuarat dengan eksekutif syarikat pada awal Selasa dan mengakui bahawa syarikat itu telah menggaji pekerja terlalu ramai kerana "terlalu optimis" dengan unjuran masa depannya.
Pekerja yang diberhentikan akan mendapat sekurang-kurangnya gaji pemberhentian empat bulan, laporan itu memetik ketua sumber manusia Meta Lori Goler sebagai berkata.
Pasukan merekrut dan perniagaan akan diberhentikan, manakala pengumuman mengenai rancangan itu dijangka dihantar pada sekitar 6 pagi EST (10:00 GMT) pads Rabu, menurut laporan itu.
Pada September, Meta melaporkan bahawa lebih daripada 87,000 pekerja bekerja untuk syarikat itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mark Zuckerberg
#pemberhentian pekerja
#tenaga kerja
#sektor teknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan