HIBURAN
14 filem terima insentif ITFC 2.0 daripada Finas
Azmir Saifuddin ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC 2.0) Bil. 2/2025 di FINAS, Hulu Kelang, 30 Sept 2025. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 filem tempatan menerima Insentif Tayangan Filem Cereka 2.0 (ITFC 2.0) berjumlah lebih RM1.1 juta daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), sebagai penghargaan atas kejayaan meraih kutipan pecah panggung.
Ketua Pegawai Eksekutif Finas Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata penyaluran insentif itu secara tidak langsung memberikan impak positif kepada perkembangan industri seni tanah air, khususnya dari segi peningkatan kualiti filem yang dihasilkan.
"Alhamdulillah kita punya rekod untuk pecah panggung (box office) tahun ini, walaupun tak sampai hujung tahun lagi dah melepasi apa yang kita capai tahun lepas. Inilah yang kita inginkan...kita nak tarik banyak lagi penonton yang meminati filem tempatan untuk datang ke pawagam," katanya selepas penyerahan ITFC 2.0, di sini semalam.
Majlis penyampaian insentif itu disempurnakan Pengerusi Finas Datuk Hans Isaac.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi Nik Kamaruzaman Nik Husin dan Pengerusi Skim Wajib Tayang Rozaidi Abdul Jamil (Zed Zaidi).
Finas menyalurkan lebih RM1.7 juta insentif ITFC merangkumi sembilan filem daripada tujuh syarikat penerbitan yang menerima lebih RM600,000 di bawah ITFC 2.0 pada April lepas, manakala 14 filem menerima lebih RM1.1 juta di bawah insentif sama pada Selasa.
Azmir Saifuddin berkata insentif itu bukan sahaja meringankan beban penerbit, malah menjadi bukti sokongan kerajaan terhadap kelangsungan industri filem negara serta merupakan satu imbuhan kepada penerbit untuk mencapai kutipan pecah panggung lebih tinggi.
"....hasratnya supaya imbuhan ini mereka (penerbit) boleh hasilkan filem seterusnya. Ini juga adalah satu inisiatif bagi menggantikan potongan cukai hiburan," katanya.
Beliau berkata penyerahan insentif itu dibuat berdasarkan perkiraan mengikut kutipan pecah panggung sesebuah filem, contohnya, bagi kutipan sebanyak RM2 juta, insentif dikira pada kadar 10 peratus dan seterusnya lima peratus, dengan jumlah maksimum ditetapkan sebanyak RM500,000.
"Contohnya filem Blood Brothers, walaupun dia cecah kutipan berpuluh juta, dia akan dapat maksimum RM500,000 sahaja," katanya.
ITFC merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi Finas bagi membantu dan menggalakkan penerbit filem menghasilkan filem cereka tempatan, secara tidak langsung menjana pembangunan industri filem melalui strategi galakan industri.
-- BERNAMA