HIBURAN
3 Pagi ERA tawan tangga Merdeka 118 bersama Syed Saddiq, Kasih Iris Leona

Selain Nabil dan Radin acara turut disertai Syed Saddiq dan Leona. - Foto Gempak
PENYAMPAI radio 3 Pagi ERA, Nabil Ahmad dan Radin, mencipta detik bersejarah apabila berjaya menamatkan cabaran mendaki tangga bangunan Merdeka 118, mercu tanda ikonik yang merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia.
Ringkasan AI
- Penyampai radio ERA, Nabil Ahmad dan Radin berjaya menawan Merdeka 118, bangunan kedua tertinggi di dunia, dalam cabaran mendaki tangga yang menguji fizikal dan mental.
- Nabil dan Radin saling memberi motivasi, walaupun Radin pernah mengalami kecederaan ACL, dan mereka berasa bangga menikmati pemandangan luar biasa dari puncak.
- Acara turut disertai Syed Saddiq dan Leona, namun Pak Azad tidak hadir kerana mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan motosikal.
“Perasaan masa panjat memang teruja, sebab ini kali pertama saya naik ke Merdeka 118. Dah lama teringin nak lihat pemandangan dari atas, memandangkan ini bangunan kedua tertinggi di dunia. Risau tu ada juga, takut separuh jalan tak mampu teruskan… tapi saya nak cabar diri sendiri,” katanya.
Nabil turut mengakui rasa bimbang terhadap keadaan rakan setugasnya, Radin, yang pernah mengalami kecederaan ACL.
“Memang risau untuk Radin, sebab dia baru nak kembali aktif. Tapi kami saling memotivasikan. Saya kata pada dia, kalau dapat tawan 118, maknanya banyak lagi cabaran hidup yang dia boleh hadapi,” tambahnya.

Pendakian ini berakhir dengan kejayaan kedua-dua penyampai, yang kemudiannya menikmati panorama Kuala Lumpur dari ketinggian menakjubkan. - Foto Gempak
Sementara itu, Radin berkata walaupun teruja, rasa gementar tetap menguasai dirinya sebelum memulakan pendakian.
“Bila dengar Merdeka 118, terus rasa nak cuba. Tangga rumah pun dah penat, ini pula 118. Mula-mula memang cuak sebab lutut saya dah dua tahun tak buat aktiviti lasak. Ada rasa takut, tapi juga teruja.
"Walaupun sampai lambat di puncak, saya tetap puas sebab pemandangan memang luar biasa. Kalau bukan sebab kerja di ERA, saya takkan dapat peluang ini,” jelasnya.
Pendakian ini berakhir dengan kejayaan kedua-dua penyampai, yang kemudiannya menikmati panorama Kuala Lumpur dari ketinggian menakjubkan.
Acara ini turut disertai oleh Syed Saddiq dan Leona, namun Pak Azad tidak dapat bersama ekoran kecederaan ringan akibat kemalangan motosikal. -- Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami