TANGERANG SELATAN: Persembahan pertama kumpulan K-Pop NCT 127 di Indonesia terpaksa dihentikan apabila 30 penonton jatuh pengsan.
Indonesia masih bersedih selepas 130 orang termasuk 40 kanak-kanak dilaporkan maut dalam insiden rempuhan di stadium bolasepak pada hujung bulan lalu.
Jurucakap polis, Endra Zulpan berkata, konsert kumpulan dari Korea Selatan yang berlangsung pada Jumaat lalu berhampiran Jakarta diadakan selama dua jam selepas penonton mula berasak-asak menghampiri pentas.
"Disebabkan insiden itu, seramai 30 penonton jatuh pengsan, kami terpaksa menghentikan konsert pada jam 9.20 malam (waktu tempatan)," kata Endra dan menambah mangsa telah pulih sepenuhnya selepas itu.
"Sebelum kejadian tersebut, kumpulan penyanyi lelaki tersebut telah memberikan hadiah percuma kepada peminat," kata penonton, Syifa Aulia yang berusia 19 tahun.
"Kami kecewa dengan tindakan penonton lain. Kami turut memberi amaran supaya jangan menolak antara satu sama lain. Demi mendapatkan rakaman terbaik, mereka sanggup mengabaikan keselamatan orang lain," katanya.
Bagaimanapun, polis membenarkan penganjuran konsert sama pada hari Sabtu dan melarang anggota kumpulan NCT 127 mengedarkan hadiah kepada peminatnya selain mengasingkan penyanyi dan penonton.
"Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku lagi, kami menambah anggota paramedik dan petugas keselamatan pada hari kedua itu," kata penganjur konsert, Dyandra Global Edutainment menerusi ciapan di Instagram. - AFP/Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Nov 05 2022

Kumpulan K-Pop, NCT 127. Foto Instagram nct127

Jiwa SME | Platform digital pacu kejayaan perusahaan penjagaan rambut
Perubahan dunia perniagaan kepada norma baharu menjadi titik permulaan kepada setiap usahawan untuk mengubah strategi perniagaan demi kelangsungan syarikat. Seorang usahawan wanita turut tidak ketinggalan dalam merevolusi perusahaan penjagaan rambut ke arah pendigitalan. Ria Armiati Ramlan, pengasas Ria Group menggunakan konsep kit penjagaan rambut profesional yang dijual melalui platform digital dan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Martial, Fred pacu Manchester United ke final Piala Liga
Babak pertama menyaksikan Weghorst hampir menambah koleksi jaringan sebelum tandukan daripada hantaran silang mengenai palang gol.

Pemandu lori maut nahas tiga kenderaan
Lelaki berusia 29 tahun itu disahkan maut di lokasi manakala pemandu sebuah lagi lori dan treler, terselamat.

Azizulhasni tekad bawa pulang emas Olimpik
Azizulhasni turut mencabar mana-mana atlet negara untuk bersama-samanya memikul amanah besar itu sebagai sandaran memenangi emas pertama.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [02 Februari 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [02 Februari 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007622/24992725421675298539382_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [02 Februari 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Afiezy Azaman & Gee Gee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: - Kerajaan sasar Wilayah Persekutuan jadi bandar pintar menjelang 2030. - Pemilik kedai makan jamin tidak pilih kasih hidang Menu Rahmah. - Kolaborasi Astro, MFL jadi penyiar rasmi Liga Malaysia. #AWANInews

Thaipusam: Beberapa jalan di sekitar P.Pinang ditutup untuk perarakan pedati mulai Sabtu
Beberapa jalan di sekitar bandar raya George Town akan ditutup mulai pukul 6.30 pagi Sabtu ini, hingga pukul 7 petang pada 6 Feb.

PayPal berhentikan 2,000 kakitangan berikutan kelembapan makroekonomi
Syarikat perkhidmatan kewangan PayPal dilaporkan akan mengurangkan 2,000 kakitangan di seluruh dunia selepas berdepan dengan kelembapan makroekonomi sekaligus memberi kesan kepada perniagaan firma itu

15 motosikal hangus
Sebanyak 15 buah motosikal musnah dalam kebakaran yang berlaku di kawasan parkir Flat Tuna, Jalan Seberang Jaya pada Khamis.

Serangan Nekad | Suspek kes letupan bom di masjid Pakistan ditahan
Beberapa suspek ditahan polis, dipercayai ada kaitan dengan kes pengebom bunuh diri yang mengorbankan lebih 100 orang di sebuah masjid dekat Pakistan. Polis kini sedang menyiasat kemungkinan pengebom itu mempunyai bantuan orang dalam bagi mengelak pemeriksaan keselamatan.

Ekonomi AS | The Fed naikkan kadar faedah kecil, kenaikan berterusan
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (FED) melanjutkan perjuangannya menentang inflasi dengan menaikkan kadar faedah utamanya sebanyak suku mata, kenaikan kelapan sejak Mac 2022. FED turut memberi isyarat walapun inflasi semakin berkurangan, ia masih cukup tinggi untuk memerlukan kenaikan kadar faedah selanjutnya.

Piala Dunia Menembak: Gandingan negara terkandas di pusingan kelayakan
Johnathan dan Nurul Syasya Nadiah sekadar menamatkan saingan di tempat ke-12 daripada 18 pasukan dengan catatan 564 mata.

Menteri luar ASEAN bertemu di Jakarta awal bulan depan
Menteri-menteri luar ASEAN dijadual bertemu di sini pada 3 hingga 4 Februari, menurut Sekretariat ASEAN.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah kandas di separuh akhir
Pasangan beregu wanita utama negara dikecewakan di separuh akhir buat kali kedua berturut-turut apabila tewas kepada Fukushima-Hirota.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah mula langkah kanan
Beregu utama wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah memulakan kempen Kejohanan Masters Indonesia dengan langkah kanan.

'Kerjasama penting untuk jayakan pertumbuhan ekonomi global' - Tengku Zafrul
Penting untuk kembali mengingatkan dunia untuk bekerjasama dalam menjayakan pertumbuhan ekonomi global, kelestarian seterusnya membasmi kemiskinan.

Wan Azizah kunjungi Masjid Istiqlal di Jakarta
Isteri Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengunjungi Masjid Istiqlal, Jakarta Pusat, hari ini.

Anwar berlepas ke Indonesia untuk lawatan rasmi pertama sebagai Perdana Menteri
Pesawat khas yang membawa Anwar dan isteri berlepas kira-kira pukul 12.50 tengah hari dari Kompleks Bunga Raya KLIA.

Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud gegar Jakarta
Penduduk Jakarta Selatan dikejutkan dengan kejadian gempa bumi yang melanda kawasan Tendean, awal pagi tadi .

Lelaki 'hidup' semula dalam keranda
Disangka sudah meninggal dunia, seorang lelaki dikejarkan ke hospital selepas didapati masih bernafas ketika berada di dalam keranda.

Tuan Ibrahim nafi Kelantan bakal tenggelam, tiada kesan mendapan seperti Jakarta
Kelantan hanya menggunakan tiga peratus daripada air bawah tanah dan ia tidak akan memberi kesan kepada aspek geologi seperti yang didakwa.