5 frasa kata ini akan dipatenkan Taylor Swift tidak lama lagi

Madiha Abdullah
Disember 11, 2015 09:14 MYT
Swift sebelum ini telah berjaya mempatenkan beberapa frasa iaitu This sick beat, 'Nice to meet you, where you been' dan 'Party like it's 1989'.
Penyanyi pop Taylor Swift sememangnya gemar melakukan sesuatu yang luar dari kebiasaan dan tidak pernah dilakukan orang lain.
Menariknya, kali ini, Swift bercadang mahu mempatenkan beberapa frasa di atas namanya.
Ini bermakna, perkataan-perkataan yang dipatenkan Swift itu tidak boleh digunakan sesiapa kecuali dirinya.
Ia akan dilaksanakan di atas beberapa platform iaitu jenama pakaian, persembahan, buku atau mana-mana bentuk barang dagangan.
Perkataan yang dipilih Swift adalah 'Blank space', 'And I'll write your name', 'Swiftmas', 'A girl named Girl' dan '1989'.
Swift sebelum ini telah berjaya mempatenkan beberapa frasa iaitu 'This sick beat', 'Nice to meet you, where you've been' dan 'Party like it's 1989'.
Frasa-frasa tersebut terdiri daripada lirik di dalam lagu-lagunya, selain beberapa frasa yang kerap digunakan oleh Swift dalam interaksi bersama peminatnya.
#Lagu #muzik #paten #penyanyi #Taylor Swift