PELAKON Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria memohon orang ramai mendoakan kesihatan bayi lelakinya yang kini berada dalam keadaan tenat di Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU).
Abby menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya memaklumkan bahawa bayi yang baru dilahirkan beberapa minggu itu mengalami masalah pendarahan di bahagian paru-paru.
“Hari ke 9 dan 10 (5 dan 6Oktober 2019) Abah tak sempat menulis, jadi Mama tulislah utk malam ni. Dah masuk 7 hari bulan, hari ke 11 dah sebenarnya umur Baby Danial. Hebat kuat anak Mama Abah.
“Siang tadi, dapat panggilan dari NICU, Hospital Sungai Buloh (HBSB) kata perlukan darah Mama untuk masukkan dalam badan Baby Danial. Namun kami di Lumut, kami dah maklumkan ke pihak NICU sebelum pergi (ke Lumut) dan kami tahu stok darah Mama masih ada lagi. Tapi, mereka (pihak hospital) telefon semula untuk datang ke hospital pada Isnin pagi.
“Petang tadi hospital telefon lagi, bagitahu ada doktor nak jumpa untuk bercakap mengenai Baby Danial (Doktor ramai dan bertukar ganti). Masa tu Mama Abah dah sampai Tapah. Berdebar-debar rasa bila kata nak jumpa doktor masa tu.. Rasa nk terus terbang supaya cepat sampai sebab dah terfikir macam-macam.
“Sampai Sungai Buloh pukul 10:30 malam tadi terus ke NICU... dari jauhh nampak dah kaki Danial bergerak-gerak. Ya Allah, bersyukur sangat-sangat! Baby kami masih ada.. Terus kami meluru jenguk Baby Danial, basuh tangan dan terus pegang dia, berlinang air mata,” luah Abby.
Dalam pada itu, Abby juga mengakui, dia dan suaminya sudah tahu risiko yang bakal dilalui oleh mereka suami isteri.
“Doktor datang semula untuk jumpa dan tanya sama ada kami tahu atau tidak keadaan baby kami. Pendarahan, paru paru tak kuat bla bla bla.. dan yang terbaru.. Baby Danial sudah 90 peratus bergantung pada mesin untuk bernafas... itu adalah penggunaan maksimum untuk baby seusia Danial. Jadi mmg keadaannya sangat kritikal bla bla blaaa.. Malam ni, doktor minta kami supaya tidak pergi jauh.
“Ya Allah, sayu bila dengar Doktor cakap macam tu... tapi dari awal pun beberapa memang beberapa doktor cakap perkara yang sama, peluang untuk Baby Danial hidup hanya 50/50 sebab bayi lahir dalam keadaan yang sangat tidak bersedia. Beratnya hanya 535 gram dan banyak kemungkinan boleh berlaku,” coretnya.
Akan tetapi, Abby dan suami tidak berhenti meminta pertolongan Allah serta memohon orang ramai mendoakan anak mereka supaya selamat.
“Tapi saya dan suami kuatkan hati dan tak putus berdoa serta berusaha untuk mengharapkan keajaiban dari Allah sebab Allah Maha berkuasa ke atas semua makhlukNYA.
“Tiada apa yang saya harapkan dari sahabat-sahabat disini, adalah untuk terus mendoakan bayi kami. Hanya doa yang boleh merubah takdirnya. Ikutkan takut nk kongsikan keadaan bayi kami tetapi kalau kami tidak kongsi, tiada siapa tahu dan boleh mendoakan bayi kami nanti,” tulisnya.
Afiq Ariffin
Mon Oct 07 2019
Abby menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya memaklumkan bahawa bayi yang baru dilahirkan beberapa minggu itu mengalami masalah pendarahan di bahagian paru-paru. -foto Instagram @jaiezzany
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Dua rakan didakwa lakukan rompakan berkumpulan guna parang
K. Sreedharan Naidu, 33, dan J. Moohilan Naidu, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.
Abby Abadi ditipu 'scammer', rugi RM18,500
Abby Abadi berputih mata apabila wang RM18,500 lesap begitu sahaja selepas ditipu skim pelaburan atas talian.
'Siapa yang bersumpah, junjung al-Quran tu?' - Abby Abadi tepis dakwaan kakak 'mangsa penyondol'
Abby mengakui mereka ada berjumpa tanpa mengetahui cerita sepenuhnya, namun kedatangan dia bersama keluarga bukan untuk memohon maaf seperti didakwa.
'Nanti saya jawab' - Abby Abadi komen dakwaan anak gadis terkait skandal suami orang
Hantaran itu difahamkan merujuk kepada spekulasi yang tular di media sosial mendakwa anak perempuannya itu terkait dengan hubungan sulit dengan lelaki berstatus suami orang.
"Sungguh adik rindu" - Selepas ibu, bapa Abby Abadi pula meninggal dunia
Dalam masa tidak sampai setengah tahun, bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi diuji kehilangan kedua-dua ibu bapanya.
'Baru saja saya duduk mengadap mak' - Ibu Abby Abadi meninggal dunia, pengsan ketika rawatan dialisis
Ibu kepada pelakon Abby Abadi, Hasnah Abu menghembuskan nafas terakhir pada Khamis, dipercayai pengsan selepas menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan di ibu negara.
'Dah 2022, tolong ubah mentaliti' - Abby perjelas sebab beraya bersama keluarga Norman
Menurut Abby, dia tidak mahu ada pihak yang salah anggap dan membuat andaian sendiri hingga boleh menimbulkan fitnah terhadap keluarga bahagia mereka.
Ziarah Aidilfitri: Norman, Abby Abadi direkod keterangan
Polis telah merekod keterangan lima individu termasuk selebriti iaitu Norman Hakim dan Abby Abadi susulan dakwaan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana berziarah raya, baru-baru ini.
"Mama dan abah rindu dia" - Abby kongsi rakaman kasih sayang buat arwah anak
Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa rindu terhadap arwah anaknya Muhammad Danial Firman Faizal atau dikenali sebagai Baby D.
'Tarik mama abah masuk syurga nanti ye sayang' - Abby Abadi
Abby dan suami tiada di sisi anaknya kerana berada di Mekah kerana menunaikan umrah bersama keluarga sejak dua hari lalu.
"50/50 peluang untuk hidup" - Abby Abadi mohon peminat doakan Baby Danial
Pelakon Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria memohon orang ramai mendoakan kesihatan bayi lelakinya yang kini berada dalam keadaan tenat di Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU).