6 tahun kahwin, Aeril dan Wawa masuk rumah baharu

Gempak
November 5, 2018 08:00 MYT
Perkongsian Wawa dan Aeril itu mendapat pujian daripada netizen yang menyifatkan kediaman mewah itu ganjaran atas titik peluh mereka bersama. - Sumber foto IG Wawa ZaInal
SELEPAS enam tahun mendirikan rumah tangga, pasangan bahagia Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akhirnya berjaya memiliki rumah pertama mereka.
Berkongsi momen mengujakan itu, Wawa turut berterima kasih kepada Aeril atas usaha dan kerja keras bersama untuk memiliki mahligai idaman itu.
"Selepas enam tahun kahwin dan setahun pengubahsuaian, kami akhirnya masuk ke rumah pertama kami. Susah senang bersama," kongsi Wawa menerusi di Instagram.
Aeril juga sempat berseloroh dengan isterinya, selain membahagiakan mereka sekeluarga kediaman itu juga dianggap rahsia untuk isterinya ada bersamanya.
"Tip nak bagi perempuan duduk kat rumah, kita hiaskan rumah cantik-cantik. Betul ke?" tulis Aeril sambil berkongsi dekorasi dalaman kediaman tiga tingkat itu.
Perkongsian Wawa dan Aeril itu mendapat pujian daripada netizen yang menyifatkan kediaman mewah itu ganjaran atas titik peluh mereka bersama.
Kediaman Aeril dan Wawa diubah suai oleh pereka hiasan dalaman popular, Lentera Creative Home.
Apakata, kita lihat sendiri rumah baharu milik pasangan Aeril dan Wawa ini.
#Aeril #Instagram #karier #lentera creative home #perkahwinan #rumah #selebriti #video #Wawa Zainal