awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aaron Aziz guru Pendidikan Jasmani di Oh My English

Astro Awani
Astro Awani
21/03/2013
09:05 MYT
Aaron Aziz guru Pendidikan Jasmani di Oh My English
Dengan kejayaan rancangan “Oh My English” meraih lebih 3.6 juta penonton pada musim pertama, Astro mengumumkan untuk meneruskan penerbitannya buat musim kedua.
Musim kedua ini bukan saja menampilkan pelakon baru, namun ianya juga akan dipadatkan dengan jalan cerita yang lebih menarik.
Selain penampilan Aaron Aziz sebagai cikgu Malik dan Tiz Zaquah sebagai Cikgu Ayu, musim kedua ini juga akan menampilkan Fazura, Datuk Aznil Haji Nawawi dan Gabriella Robinson.
Menurut Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-Kanak Astro, Yasmin Megat, pemilihan pelakon dibuat berlandaskan undian yang diberikan para penonton rancangan tersebut.
“Perubahan ini dilakukan agar penonton cilik tidak berasa bosan disamping menimba ilmu pengetahuan menerusi Oh My English yang bakal memberi lebih manfaat kepada pelajar Malaysia”, kata Yasmin penuh teruja.
Sementara itu, Aaron juga tidak menjangka akan menjadi sebahagian dalam program kegemaran anak-anaknya itu.
“Saya sering kali melihat anak-anak saya menonton rancangan ini, namun tidak sangka pula suatu hari nanti akan jadi salah seorang watak dalam rancangan kegemaran anak saya ini,” katanya dengan gembira.
Rancangan merangkumi 20 episod, Oh My English 2” juga masih mengekalkan pelakon lama seperti Zain Saidin, Adibah Noor dan Harun Salim Bachik.
Program yang mengajar penonton penggunaan bahasa Inggeris itu akan ditayangkan bermula 31 Mac pada jam 7.30 malam hanya di saluran 610 Astro TVIQ dan Astro HD saluran 134.
Topic Berkaitan
#Aaron Aziz
#musim kedua
#Oh My English
#TVIQ
#Zain Saidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan