Abang Nak Tegur 2.0 duet dengan isteri raih banyak 'like'

Syafik Shukri Jalil
Disember 13, 2017 23:37 MYT
Menerusi video lirik lagu yang dimuat naik oleh KRU dua hari lalu, video duet Aliff Syukri dan isterinya diterima baik netizen sehingga mencapai 117,000 'like' berbanding 6,000 'dislike'. - Gambar fail
Bila berduet dengan isteri baru netizen suka.
Sebelum ini, lagu Abang Nak Tegur versi Datuk Aliff Syukri dan Nur Sajat dikecam teruk oleh netizen sehingga menerima hampir 300,000 'dislike' berbanding 4,000 'like' di laman YouTube.
Terbaharu, dengan menampilkan Abang Nak Tegur versi 2.0 duet bersama isterinya, Datin Nur Shahida, lagu itu kini seolah-olah sudah mula diterima netizen.
Video lagu mereka berdua yang dimuat naik oleh KRU dua hari lalu diterima baik netizen sehingga mencapai 117,000 'like' berbanding 6,000 'dislike'.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen suka dengan versi ini dan menyifatkan duet suami isteri jutawan ini lebih baik daripada versi asal lagu ini.
BACA: Kenapa 'unlike' video saya? - Datuk Aliff Syukri
BACA: Aliff Syukri promosi lagu 'Abang Nak Tegur' di Sepanyol
BACA: Muzik video 'Abang Nak Tegur'dapat 'dislike' tertinggi di YouTube
Biarpun baru dua hari dimuat naik, video lirik Abang Nak Tegur 2.0 kini sudah ditonton lebih 600,000 pengguna berbanding video asal yang setakat ini mencapai hampir 3.5 juta tontonan dalam tempoh dua minggu.
Duet Aliff Syukri dan isterinya ini juga kini trending di nombor satu di laman YouTube Malaysia.
#Abang Nak Tegur #Datin Nur Shahida #Datuk Aliff Syukri #kru #Malaysia #netizen #Nur Sajat #suka #trending #YouTube