SELEPAS menerima kritikan di media sosial, Datuk Aliff Syukri melebarkan bakat nyanyiannya ke luar negara.

Destinasinya adalah Sepanyol.

Lagu 'Abang Nak Tegur' menerima kritikan peminat industri muzik tanah air apabila video klip terbabit turut menampilkan seorang lagi pengusaha produk kecantikan Nur Sajat.

"Lagu ini memang menerima dugaan yang terlalu banyak, walaupun menerima tontonan lebih 1.5 juta dalam masa lima hari.

"Tetapi menerima 'unlike' yang terlalu banyak, jadi saya nak 'build up' balik lagi ini supaya lebih ramai orang suka," jelasnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA malam tadi.


YouTube KRU Music

Aliff Syukri dijadual berada di Madrid, Sepanyol bagi kerja promosi lagu tersebut.

MenurutAliff Syukri, beliau menghormati keputusan peminat dan kini beliau mahu membuktikan beliau mampu bersinar dalam industri terbabit.


"Abang Nak Tegur" yang diterbitkan KRU Music telah menerima lebih sejuta tontonan di YouTube selepas 10 hari dipaparkan.