Abang pelawak Eddie Murphy meninggal dunia

Madiha Abdullah
April 13, 2017 03:30 MYT
Murphy baru sahaja menamatkan penggambaran siri televisyen Power, yang akan ditayangkan hujung tahun ini.
PELAKON dan pelawak, Charlie Murphy, 57, meninggal dunia awal pagi tadi akibat leukemia, menurut laporan portal CNN.
Hal itu dimaklumkan ejen publisitinya, Domenick Nati.
Mendiang yang juga abang kepada pelakon dan pelawak terkemuka, Eddie Murphy, meninggal dunia di sebuah hospital di New York.
Tidak dapat dipastikan bila mendiang mula dikesan menghidap penyakit itu, namun portal TMZ.com melaporkan mendiang sudah beberapa bulan menjalani rawatan kemoterapi.
Charlie dikenali menerusi program televisyen Chapelle's Show, selain pernah membintangi beberapa filem antaranya Jungle Fever, Lotteri Ticket dan CB4.
Difahamkan mendiang baru sahaja menamatkan penggambaran siri televisyen Power, yang akan ditayangkan hujung tahun ini.
Sehari sebelum kematiannya, Charlie memuat naik satu status di akaun Twitter yang berbunyi 'Lupakan hal silam supaya dapat berehat setenang-setenangnya'.

One to Sleep On: Release the past to rest as deeply as possible.

— Charlie Murphy (@charliemurphy) April 12, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Isteri Charlie, Tisha, meninggal dunia pada tahun 2009 akibat kanser servik. Mereka meninggalkan tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan.
#Charlie Murphy #Eddie Murphy #leukimia