HIBURAN
'Abang periang, tidak pernah tunjuk sedih'- Adik Allahyarham Isma Aliff
Isma atau nama sebenarnya Muhammad Latiff Ismail, meninggal dunia pada jam 8.30 pagi Rabu di kediamannya di Kampung Melayu Ampang. - Gambar/ Astro AWANI
AMPANG: Adik kepada Allahyarham Isma Aliff, Shamsidah Ismail menyifatkan abangnya sebagai seorang yang periang dan sentiasa membawa keceriaan kepada keluarga sepanjang hayatnya.
Ringkasan AI
Shamsidah berkata, walaupun Allahyarham tidak pernah menunjukkan kesedihan, dia menyedari perubahan ketara dalam tingkah laku abangnya beberapa hari sebelum pemergiannya.
“Abang seorang yang periang, tak pernah tunjuk sedih. Tetapi dua, tiga hari lepas, dia mula berubah. Dia ucap terima kasih kerana saya jaga dia… lepas itu dia mengalirkan air mata,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini, hari ini.
Menurut Shamsidah, perubahan itu membuatkan dia menyedari Allahyarham mungkin sudah mengetahui keadaannya semakin lemah.
Menceritakan detik terakhir pagi pemergian Allahyarham, Shamsidah yang juga seorang guru berkata, dia melihat pernafasan abangnya agak laju ketika mahu keluar bekerja.
“Dalam pukul 8.30 pagi, saya jumpa dia sebelum pergi sekolah. Pernafasan dia laju sangat, jadi saya telefon suami. Suami datang, tapi selepas 40 minit pun keadaannya tak berubah.
“Saya pergi kerja sekejap untuk urusan kerja dan ambil barang. Bila saya balik, dalam setengah jam… dia sudah tiada,” katanya sebak.
Shamsidah berkata, sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, dia sempat mengajarnya mengucap dan bertanya sama ada abangnya ingin ‘pulang’.
“Dia angguk,” katanya ringkas.
Isma atau nama sebenarnya Muhammad Latiff Ismail, meninggal dunia pada jam 8.30 pagi Rabu di kediamannya di Kampung Melayu Ampang.
Pelakon berusia 62 tahun itu merupakan antara wajah popular era 1980-an melalui pelbagai drama, filem dan program hiburan, selain aktif sebagai pelawak dan pengacara.
Isma pernah membintangi beberapa karya terkenal dan sering digandingkan bersama rakan-rakan pelakon komedi popular tanah air pada zaman kegemilangannya.
Ringkasan AI
- Shamsidah Ismail menggambarkan Allahyarham Isma Aliff sebagai seorang yang periang dan menyebarkan keceriaan kepada keluarga sepanjang hayatnya.
- Perubahan ketara dalam tingkah laku Allahyarham beberapa hari sebelum kematiannya membuatkan keluarga menyedari kemungkinan beliau sudah mengetahui keadaannya semakin lemah.
- Detik terakhir sebelum pemergian, Shamsidah melihat pernafasan Allahyarham agak laju, dan beliau mengajarnya untuk mengucap sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.