HIBURAN
AC Mizal kecewa konsert 4U2C dikecam, ada anggota alami tekanan perasaan
AC Mizal sedih dan kecewa apabila menerima kecaman daripada segelintir pihak apabila mereka mengumumkan mahu menganjurkan konsert ‘WE 4U2C Live In Concert.’
PELAKON yang juga anggota kumpulan 4U2C, Datuk AC Mizal meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila menerima kecaman daripada segelintir pihak apabila mereka mengumumkan mahu menganjurkan konsert ‘WE 4U2C Live In Concert.’
Menurut AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, komen-komen negatif yang diterima oleh mereka sedikit sebanyak menganggu mental dan memberi kesan emosi sehingga mengalami tekanan perasaan.
“Saya sedih apabila ramai yang mengecam penganjuran konsert kami, saya sedih sebab komen negatif itu akan dibaca oleh keluarga dan anak-anak ahli 4U2C.
“Ada ahli kami yang sampai depression, ada yang sakit. Sejak awal sidang media pengumuman konsert, kami dah maklumkan, pengajuran konsert ini tujuannya untuk berhibur. Kami juga mahu generasi sekarang lihat yang kumpulan ini pernah wujud di Malaysia,” katanya kepada Gempak.
Tambah AC, dia sendiri bingung mengapa kumpulannya itu menerima kecaman teruk daripada netizen.
Jelasnya, mereka tidak pernah meminta semua orang menyukai kumpulan tersebut, tetapi cukup sekadar menghargai usaha mereka mencipta satu lagi kenangan manis bersama peminat.
“Apabila dilemparkan komen tidak sepatutnya, ada anak-anak kami bertanya. Saya rasa cukup lah. Kami tidak minta pun orang di luar sana untuk suka kami, tetapi cukup menghargai dan nikmati satu pengalaman yang akan dicipta.
"Kepada yang tidak suka tidak mengapa, tetapi jangan sampai kecam melampau. Jujur tanya saya, saya sendiri tidak tahu kenapa kami dikecam.
“Bukan lama pun, hanya 2 jam 30 minit sahaja. Selepas itu habislah dan tiada lagi konsert berskala besar 4U2C. Rata-rata umur ahli kami pun dah 50 tahun ke atas hanya minta kalian raikan satu lagi sejarah dalam hidup kami. Kami akan berusaha untuk berikan persembahan yang terbaik,” tambahnya.
Untuk info, konsert ‘WE 4U2C Live In Concert’ bakal berlangsung pada 15 September ini bertempat di Idea Live Arena, Petaling Jaya. - Gempak