Adakan majlis resepsi 19 September, Raja Ilya dah tak sabar

Gempak
September 10, 2019 08:00 MYT
Raja Ilya dan Trent berkahwin selepas enam tahun menjalinkan hubungan cinta jarak jauh.
PELAKON Raja Ilya meluahkan rasa tidak sabar untuk meraikan majlis resepsinya di Kuala Lumpur pada 19 September ini.
Biarpun tidak menyatakan tarikh, tetapi menerusi perkongsian di Instagram (IG), Raja Ilya dilihat teruja menghitung hari tibanya majlis tersebut.
Difahamkan, aktres tersebut bakal meraikan sahabat handai dan ahli keluarganya dalam majlis bertemakan ‘black tie’ yang bakal diadakan di Petaling Jaya.
Majlis akad nikah aktres berdarah kacukan Melayu, Arab dan India itu bersama suaminya, Trent hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.
Raja Ilya dan Trent berkahwin selepas enam tahun menjalinkan hubungan cinta jarak jauh.
#majlis resepsi #pelakon #perkahwinan #Raja Ilya #Trent