awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jabatan Negara AS lulus cadangan jualan peluru berpandu Patriot kepada Arab Saudi
Soraya Borhan juara Penyampai Emas SINAR 2026
Polis tahan warga emas disyaki terlibat kes kematian anjing liar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adele ajak remaja autisme berduet ketika konsert

Syafique Shuib
Syafique Shuib
14/03/2016
00:30 MYT
Adele ajak remaja autisme berduet ketika konsert
Emily Tamman teruja dapat kongsi pentas bersama Adele. -Gambar: Twitter/Ray Tamman
PENYANYI terkenal Adele menunaikan impian seorang remaja autisme berusia 12 tahun untuk berduet bersamanya dalam konsert di Manchester beberapa hari lalu.
Adele kini sedang dalam siri jelajah konsert 'Adele Live 2016' untuk mempromosi album terbarunya 25.
Lapor Manchester Evening News, ketika sedang berinteraksi bersama peminat, Adele ternampak Emily Tamman dan plakad yang bertulis "Impian saya untuk menyanyi bersama Adele".
Lantas, penyanyi berbadan gempal itu terus menjemput Emily ke tengah-tengah pentas di Manchester Arena dan menyuruh Emily menyanyi lagu popular Someone Like You.
Adele kemudian berdiri di belakang Emily dan mengangkat tangan sambil menyuruh para hadirin untuk terus bersorak.
Emily yang menghidap autisme dan sindrom Ehlers-Danlos terus menyanyikan lagu itu tanpa sebarang kesilapan.
Beberapa peminat Adele turut memuat naik video persembahan Emily di Twitter:
Young girl (Emily) singing for Adele#Harmonizers #iHeartAwards #BestFanArmy pic.twitter.com/l5VYfGg79U
— Claire WFH (@LaurensRage) March 9, 2016
@Adele #emily #manchester pic.twitter.com/atEgnbQ0zm
— Alison Prowse (@al53son) March 8, 2016
#AdeleManchester #Adele #AdeleLive2016 #veryluckyfan pic.twitter.com/nHVO4F8GqN
— Gemma Grimmett (@ggrimmettxx) March 8, 2016
Kegembiraan ini turut dikongsi sendiri oleh bapa Emily iaitu Ray Tamman di Twitter.
Thank you to @Adele for letting my daughter sing with you on stage tonight at the Manchester arena pic.twitter.com/9dR5qJ7PaI
— Ray Tammam (@raytheIFA) March 8, 2016
“Adele merupakan penyanyi kegemaran beliau. Nasib baik kami duduk berhampiran pentas kecil di tengah-tengah (tempat penonton). Kami begitu dekat.
“Dia memegang plakad beliau. Ketika itu Adele sedang melihat beberapa plakad yang dipegang peminat.
“Adele nampak plakad Emily dan berkata, ‘Ok, mari naik ke atas pentas’,” jelas Ray Tamman kepada Manchester Evening News.
Topic Berkaitan
#25
#Adele
#Emily Tamman
#Ray Tamman
#Someone Like You
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan