Adi Putra, Zuhaida berkahwin semula

Raja Hisyam Raja Zaid
Januari 19, 2018 00:05 MYT
Adi Putra ketika menyarung cincin Zuhaidah buat kali kedua selepas menikahinya semula pada Khamis. - Foto Instagram Nurulhidayah Ahmad Zahid
Pelakon popular, Datuk Adi Putra dilaporkan mengambil keputusan untuk menikahi semula bekas isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof, 43, pada Khamis.
Menerusi satu entri Instagram yang dikongsikan oleh rakan baik pasangan itu yang juga anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid memuat naik foto di mana Adi Putra dilihat sedang menyarungkan cincin ke jari Aida dengan kapsyen mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.
Ia disusuli dengan ucapan tahniah netizen dan mendoakan agar pasangan ini mengecapi kebahagiaan yang pernah dikecapi mereka satu ketika dahulu.
#Adi Putra #anak #Instagram #kawin semula #Madinah #menteri #Perdana Menteri #rujuk #Timbalan Perdana Menteri