Adibah Noor menentang 'body shaming'!

Madiha Abdullah
November 10, 2018 12:58 MYT
Adibah akan muncul dalam rancangan Mat Luthfi astroawani.com malam ini untuk membincangkan tentang isu 'bidy shaming. - Instagram
MASYARAKAT kita hari ini mudah melontarkan lintasan pendapat mereka di hujung jari menerusi platform media sosial.
Apa saja yang hendak dikatakan terus diluahkan tanpa memeikirkan sama ada perkara yang dizahirkan itu benar, mulia mahupun perlu.
Seringkali maklum balas atau perdebatan tentang sesuatu isu itu tidak berakhir dengan cara yang harmoni, bernas dan terhormat.
Lebih menyedihkan, bagi sesetengah orang, mereka mudah membuat penegasan dengan menyalahguankan istilah, ungkapan atau pernyataan yang sengaja atau secara langsung berunsur penghinaan.
Paling banyak kita temui dalam susur masa media sosial kita hari ini adalah tentang mereka yang mengejek, merendah-rendahkan atau menghina seseorang dari aspek rupa fizikal, atau dipanggil body shaming.
Penghinaan yang melibatkan aspek rupa bentuk tubuh, warna kulit dan penampilan diri itu turut menjadi kebimbangan penyanyi dan pelakon Adibah Noor.
Menerusi akaun Twitternya, Adibah telah berkongsi tentang isu tersebut bersama para pengikutnya menggunakan hashtag #MerekaMengata.
Berikut adalah beberapa yang telah dikumpulkan:

body shaming ni tak khusus pada #DakDemoks jer. yg tinggi, rendah, kurus, putih, hitam dan mcm2 lagi juga sering jadi mangsa ejekan. cer kongsi apa pengalaman awak, siapa yg cakap, apa yg awak rasa dan bagaimana awak mengatasinya dan move on cer cer cer..

— ADIBAH NOOR (@adibahnoor) November 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Saya banyak kali kena bila saya suka sesiapa mesti ayat ni keluar kalau kau kurus mesti aku date kau i mean kak, cant they just look the real me instead of my physical?

— Naseha Rus Lee (@nurnaseha97) November 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dari kecil sampai lah sekarang di alam pekerjaan. Panggilan "gemuk nak mampos", "anak gajah", "dah lah gemuk hitam hodoh pulak tu" dah sebati dlm kehidupan seharian. Rasa sedih tu dh lali. Tapi paling sedih bila mak sendiri pun mengata hinggakan soal jodoh pn diungkit "tak laku"

— h34rt_sh4p3d_b0x (@azi_ee) November 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sebab rambut saya kerinting, masa sekolah rendah kids panggil saya obor2. Dan sebab saya gemuk tak macam perempuan lain yg kurus dan cantik, diorang panggil sy gemuk dan buat muka (kembungkan pipi).

— nau (@nauyuchi) November 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

saya pernah kena kak dia cakap kau ni takde isi langsung la, papan je aku tengok. laki tengok pun takde selera and org yg cakap tu jenis badan yg berisi. saya pun terfikir hidup ni memang tuk puaskan nafsu lelaki je ke hmm

— (@Lva_Ros) November 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I selalu jadi bahan sebab my teeth agak jongang dan berterabur, kukut gelap dan ada bulu kaki panjang. Antara nickname yg I pernah dapat was beruk dan monyet. Tu tak termasuk ejekan lain. Alhamdulillah tu semua masa sekolah menengah. Sekarang dah tak.

— Crazy Broke Lehan (@LehanZakaria) November 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Body shaming merupakan satu situasi di mana ciri fizikal seorang individu itu dipertikaikan. Di negara luar, kempen menentang body shaming ini disertai ramai tokoh termasuk selebriti dan artis popular.
Di Malaysia, body shaming seolah-olah sesuatu yang dianggap normal dan situasi ini berpotensi membentuk budaya yang tidak sihat khususnya dalam kalangan generasi muda.
Lebih malang, mengejek rupa fizikal seseorang bukan saja kedengaran di jalanan dalam kalangan anak-anak kecil, malah berleluasa ke orang dewasa. Hinggakan kerapkali kita lihat trend memalukan itu terbawa-bawa ke dunia hiburan dan penyiaran, seolah-olah masyarakat kita sudah diajar untuk menerimanya.
Ternyata, itu adalah SALAH dan perlu dihentikan!
Adibah akan menjadi tetamu dalam rancangan MatLuthfi@astroawani.com malam ini untuk membincangkan tentang isu ini.
#Adibah Noor #body shaming #Fizikal #Mat Luthfi #pelakon #Pengacara #penyanyi #selebriti