awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adik Allahyarham Ashraf Sinclair, Aishah & Yuna jadi pengapit BCL, Tiko

Gempak
Gempak
02/12/2023
14:45 MYT
Adik Allahyarham Ashraf Sinclair, Aishah & Yuna jadi pengapit BCL, Tiko
Aishah Sinclair dan Yuna dilihat bersama beberapa rakan baik BCL yang lain termasuk aktor Reza Rahadian memakai baju warna sedondon dengan pengantin. - Gempak.com
PENYANYI dan pelakon Bunga Citra Lestari akhirnya rasmi menikah kali kedua dengan pasangannya, Tiko Aryawardhana di sebuah hotel mewah di Bali, Indonesia.
Meski pada awalnya majlis pernikahan Bunga atau BCL dilaporkan dikawal sangat ketat termasuk tetamu dikatakan tidak dibenarkan membawa telefon bimbit namun video dan foto penyanyi itu selamat menikah dengan Tiko menjadi viral di media sosial.
Selain foto dan video akad nikah BCL dan Tiko yang berlangsung dengan latar belakang pantai nan indah menjadi perhatian, tetamu yang hadir pada majlis tertutup tersebut turut menarik minat netizen.
Ini termasuklah apabila BCL yang merupakan ibu tunggal satu anak selepas suaminya, pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia empat tahun lalu itu turut ditemani oleh dua bekas adik iparnya.
Lebih manis, kedua-duanya iaitu Aishah Sinclair dan penyanyi Yuna turut menjadi pengapit BCL.
Aishah dan Yuna dilihat bersama beberapa rakan baik BCL yang lain termasuk aktor Reza Rahadian memakai baju warna sedondon dengan pengantin sekaligus menjadi pengapit yang sangat ‘bertanggungjawab’.
Selain mereka, antara rakan selebriti yang dilihat hadir adalah mantan isteri Ahmad Dhani, Maia Estianty dan suami.
Sejak seminggu lalu media Indonesia dan Malaysia melaporkan berita BCL akan berkahwin semula dengan Tiko pada 2 Disember 2023 selepas pasangan tersebut membuat permohonan menikah di Bali.
BCL malah telah mendapat restu daripada keluarga allahyarham Ashraf untuk mencari bahagia bersama Tiko.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.com
Topic Berkaitan
#Bunga Citra Lestari
#BCL
#tiko
#perkahwinan
#Sinclair
#Yuna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan