awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AF Megastar bukan tempat untuk saya kritik semata-mata - Ramli MS

Gempak
Gempak
03/10/2017
10:00 MYT
AF Megastar bukan tempat untuk saya kritik semata-mata - Ramli MS
RAMLI: Saya jangka sesuatu yang lebih intelektual daripada bintang AF Megastar.
JURI tetap AF Megastar, Datuk Ramli MS akui tujuan dia berada di tempat juri kepada program tersebut bukan untuk mengkritik semata-mata.
Ramli MS berkata komen yang diberikan kepada setiap bintang itu melihat kepada masa depan mereka dalam masa dua tahun akan datang.
"Sebenarnya saya jangka sesuatu yang lebih intelektual daripada bintang AF Megastar.
"AF Megastar bukan tempat untuk saya 'condemn' tetapi bila saya komen itu saya cakap untuk masa depan mereka di masa dua tahun akan datang.
"Saya melihat daripada segi cara pemikiran mereka terhadap bidang seni yang diceburi itu.
"Mereka perlu tahu bagaimana hendak menjadikan karier nyanyian sebagai perniagaan," katanya kepada Astro Gempak.
Konsert AF Megastar Ahad lalu menyaksikan Sufi tersingkir selepas mendapat markah terendah daripada sembilan bintang yang lalin.
Lapan bintang yang berjaya mara ke konsert seterusnya adalah Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Indah , Syamel, dan Amir.
Mengulas mengenai persembahan bintang pada minggu lalu, Ramli MS berkata hampir kesemua menunjukkan prestasi yang konsisten.
"Saya boleh kata semua menunjukkan prestasi yang konsisten dan bagus dari minggu ke minggu.
"Penyanyi yang cerdik dan berakal akan membuat mereka lebih bagus di atas pentas," katanya lagi.
AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.
Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video
AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/
Nak imbau kembali Jika konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga AF2013, boleh didapati di Astro On Demand, untuk maklumat lanjut sila ke www.watchod.com
Topic Berkaitan
#AF Megastar
#Akademi Fantasia
#hiburan
#juri tetap
#konsert
#Ramli MS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan