Muna menjadi pelajar ketiga tersingkir di konsert ke-4 Akademi Fantasia 2014 yang berlangsung pada Ahad.
Muna atau nama sebenarnya Muna Shahira Munadi mendendangkan lagu Kekal nyanyian asal Ziana Zain kurang mendapat undian dari penonton walaupun mendapat pujian dari juri.
Selain Muna, Nina dan Ziha adalah antara pelajar yang mendapat undian terendah pada konsert minggu ini.
Penyingkiran Muna, 19 diumumkan oleh dua pengacara #AF2014 Zizan Razak dan Faizal Ismail.
Dengan tema Tribute Komposer, pelajar-pelajar #AF2014 diberi tugasan untuk menyanyi semula lagu-lagu yang pernah dihasilkan oleh empat komposer terkenal tanah air iaitu Saari Amri, Pak Ngah, Ajai dan juga Edry Abdul Halim.
Menarik di akhir konsert, 10 pelajar #AF2014 turut menyanyikan lagu-lagu yang pernah dicipta oleh komposer evergreen, Allahyarham JS Kevin antaranya adalah Mimpi Shakila dan Semangat yang hilang.
Tiga orang juri yang bertanggungjawab memberi komen kepada para pelajar di konsert kali ini ialah Datuk Ramli MS dan Raja Azura, manakala Ziana Zain selaku juri jemputan.
Konsert ini dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada kemunculan Jaclyn Victor dan bekas penyanyi kumpulan Wings yang juga bapa kepada Ewal, Mel.
Dengan penyingkiran Muna, kini tinggal 9 pelajar yang akan meneruskan perjuangan menjadi juara #AF2014.
Mereka ialah Adel, Nina, Ziha, Nuha, Ewal, Firman, Aman, Azwan, dan Zarif.
Azyyati Ahmad
Sun Sep 28 2014
Nyanyian Muna sering mendapat pujian juri setiap konsert - Foto Astro Gempak
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Ramalan Juara #AF2014, anda bagaimana?
Kini tinggal beberapa jam sahaja lagi pentas akhir #AF2014 bakal bersiaran dengan lima finalis hebat iaitu Firman, Ewal, Adel, Nuha dan Aman untuk merebut gelaran juara.
AF: Saya bukannya kejam tak bagi Firman hadiah! - Wak Doyok
Ikon fesyen terkenal Wak Doyok dikecam hebat gara-gara pemberian hadiahnya kepada empat pelajar lelaki kecuali Firman di konsert suku akhir Akademi Fantasia.
AF2014: Penyingkiran Adel bikin kejutan di konsert minggu ketujuh
Penyingkiran ini jelas menjadi kejutan ramai, kerana Adel sebelum ini sering mendapat pujian juri setiap kali persembahannya.
Ziha tersingkir pada konsert #AF2014 ke enam
Ziha menjadi pelajar ke empat tersingkir pada konsert ke- 6 Akademi Fantasi 2014 yang berlangsung pada Ahad.
Tiada penyingkiran di konsert kelima #AF2014
Kejutan buat sembilan pelajar apabila diumumkan bahawa tiada penyingkiran untuk konsert kelima #AF2014.
#AF2014: Muna tersingkir pada konsert ke-4 Akademi Fantasia
Muna menjadi pelajar ketiga tersingkir di konsert ke-4 Akademi Fantasia 2014 yang berlangsung pada Ahad.