awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon legenda Perancis Brigitte Bardot meninggal dunia
Beberapa jalan sekitar Bukit Bintang ditutup sementara untuk pelancaran 'I LITE U'
Banjir gelombang ketiga Terengganu pulih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Afdlin Shauki kehilangan ayah, catatan di Instagram undang sebak

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2020
04:25 MYT
Afdlin Shauki kehilangan ayah, catatan di Instagram undang sebak
Allahyarham Aksan Abu Bakar yang juga ayah Afdlin Shauki meninggal dunia pada pukul 2.57 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur. - Gambar Instagram AFDLIN SHAUKI
BIAR secekal mana sekalipun jiwa seseorang itu, air mata dan kesedihan tetap tidak disembunyikan apabila berhadapan dengan kematian orang tercinta.
Demikian juga dengan apa yang dilalui artis ternama tanah air, Datukl Afdlin Shauki yang kehilangan bapanya.
Coretan panjang lebar Afdlin mengenai pemergian ayahnya, Aksan Abu Bakar di laman sosial Instagram peribadinya jelas menterjemahkan betapa seniman berjiwa besar itu benar-benar terkesan dengan berita duka itu.
Afdlin, 49, memohon kepada semua kenalan agar sama-sama mendoakan roh Allahyarham bapanya dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Allahyarham Aksan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.57 pagi Selasa di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras.
“Senyuman terakhir papa yäng tak habis -habis membuat orang berasa tenang dan ceria. Tiada lagi Aksan bin Abu Bakar. Bapa kepada 10 orang anak. Suami kepada dua orang isteri. Bapa ku yg tercinta.
"Dia berpesan kepadaku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan yang pernah beliau lakukan kepada sesiapa yang mengenali beliau. Tolong ampunkan ye.. please!
"Beliau juga memaafkan semua orang dan juga berkata yang beliau tidak ada rasa dendam atau sakit hati dgn sesiapa. Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa beliau dan terimalah amalan dan kebaikan beliau. Tempatkanlah roh beliau di kalangan roh-roh orang yang beriman. Al-fatihah. I love you papa,”tulis Afldin.
Nota kesedihan yang dimuat naik Afdlin di akaun media sosialnya itu turut mengundang rasa sebak dalam kalangan sahabat-sahabat artis itu. Antaranya pelakon tekenal Ashraf Muslim yang menitipkan doa semoga Allahyarham bapa Afdlin ditempatkan dalam kalangan orang beriman. "Innalillahiwainnahirojiun... Takziah dan bersabarlah kekandaku.. Semoga Allah tempatkan allahyarham ayahanda abg akan ditempatkan di tempat yang ‘special’ di alam barunya bersama org-org yg beriman.. InsyaAllah.. amin”,” tulis Ashraf. Bagi pelakon dan penyanyi Erra Fazira selain mengucapkan takziah pada sahabatnya, artis berkenaan turut mendoakan Allahyarham Aksan ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman. Selain itu, rakan-rakan seperjuangan Afdlin seperti Datuk Hans Isaac, Khir Rahman, Alif Sattar dan ramai lagi turut menulis salam takziah buat beliau.
View this post on Instagram
2.57 am 11/8/2020 di HUKM Cheras tingkat 2. Innalillah wainna illaihi rojiuun. Senyuman terakhir papa yg tak habis -habis membuat orang berasa tenang dan ceria. Tiada lagi Aksan bin Abu Bakar. Bapa kepada 10 orang anak. Suami kepada dua orang isteri. Bapa ku yg tercinta. Dia berpesan kepada ku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan yang pernah beliau lakukan kepada sesiapa yang mengenali beliau. Tolong ampunkan ye.. please! Beliau juga memaafkan semua orang dan juga berkata yg beliau tidak ada rasa dendam atau sakit hati dgn sesiapa. Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa beliau dan terimalah amalan dan kebaikan beliau. Tempatkanlah roh beliau dikalangan roh-roh orang yang beriman. Al-fatihah. I love you papa... Assalammualaikum, Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda tersayang kami En Aksan bin Abu Bakar telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Selasa 11/08/2020, pukul 2:57 pagi di HUKM, KL. Sama2 kita doakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan dgn golongan orang-orang yang beriman. ‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون ‎بسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــم ‎ِِ.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. ‎ آمِّيْنَ..
A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on
Aug 10, 2020 at 12:33pm PDT
Topic Berkaitan
#Afdlin Shauki
#Aksan Abu Bakar
#ayah
#Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
#HUKM
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan