[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
ENTERTAINMENT

Ahmad Busu meninggal dunia di Hospital Klang

Astro Awani 11/11/2013 | 00:49 MYT
Pelakon dan pelawak veteran, Ahmad Busu, 60 tahun meninggal dunia akibat penyakit strok di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pukul 7.05 malam tadi.
Allahyarham dikenali dengan watak Mat Deris dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada tahun 1978.
Allahyarham akan dikebumikan pada kira-kira 9 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sirih, Klang.
Berita kematian beliau tersebar Twitter dan pelakon Sofia Jane antara yang mengucapkan takziah atas pemergian pelakon komedi ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum itu, PAS Selangor turut memaklumkan berita pemergian pelakon komedi veteran ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
Di dalam budaya pop Malaysia sendiri Allahyarham adalah individu yang mempopularkan frasa "Mengancam!" yang cukup popular di era 1990an hingga kini bagi menggambarkan kecantikan.
#Ahmad Busu #meninggal dunia #Pi Mai Pi Mai Tang Tu