SETELAH lapan episod bersiaran, Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 menobatkan Aiman Amer sebagai Hero Remaja 2023 dan Nurel Bahrin pula sebagai Dewi Remaja 2023.
Kemenangan Aiman dan Nurel itu sekali gus mengetepikan saingan 10 peserta lain yang turut berentap di pentas akhir Hero Dewi Remaja 2023 yang diadakan di CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur semalam.
Aiman dan Nurel masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 berserta sebuah trofi.
Tracie Sinidol, selaku Dewi Remaja 2022 telah memahkotakan dan menyarungkan selempang juara kepada Nurel sebagai simbolik kemenangan, manakala Mierul Aiman Hero Remaja 2021 menyarungkan mafla kepada Aiman Juara Hero Remaja 2023.
Sementara itu, Naib Juara Hero Remaja 2023 telah dirangkul oleh Fitri Farok dan Naib Juara Dewi Remaja 2023 pula disandang oleh si cantik Arabella dengan mengekalkan prestasi yang cukup baik sepanjang tempoh pertandingan.
Para peserta telah dinilai secara adil oleh barisan juri yang cukup berpengalaman seperti Scha Alyahya (Juara Dewi Remaja 2005/2006), Datuk Aznil Nawawi, dan Datuk Yusry Abdul Halim.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim berkata, menerusi Pencarian Hero Dewi Remaja 2023, Nu Ideaktiv cuba menyediakan platform yang lebih luas dan eksklusif untuk golongan muda menzahirkan kreativiti mereka, tanpa mengira latar belakang atau pengalaman seni terdahulu.
“Pencarian ini bukan sahaja mengiktiraf bakat yang cemerlang tetapi juga sebagai batu loncatan untuk mereka meneroka potensi maksimum mereka dalam seni, membina keyakinan diri, dan menjadi duta yang memberi inspirasi kepada generasi akan datang.
"Saya yakin setiap peserta telah memberikan yang terbaik dalam persembahan mereka. Dengan melibatkan diri dalam Pencarian Hero Dewi Remaja, mereka bukan sahaja mengambil bahagian dalam pertandingan itu, malah turut menjadi sebahagian daripada perjalanan yang membentuk identiti seni negara ini.
Saya berharap melalui kejayaan mereka, kita dapat melihat pertumbuhan dan perkembangan industri seni tempatan yang semakin berkembang dan berinovasi,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari pula amat berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua peserta Hero dan Dewi termasuk barisan juri dan panel jemputan yang terlibat sama dalam menjayakan Hero Dewi Remaja 2023.
“Di kesempatan ini, pihak Astro ingin mengucapkan tahniah kepada Juara Hero dan Dewi Remaja 2023 atas kejayaan yang diperolehi.
"Kami berharap apa yang mereka pelajari daripada rancangan ini dapat diterapkan dalam apa jua bidang yang diceburi kelak.
“Pihak Astro juga telah merangka beberapa pelan dan inisiatif, bukan sahaja tertumpu pada juara, malah untuk kesemua 16 peserta agar dapat diketengahkan dan menempa nama dalam industri tempatan selepas rancangan ini.
“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Yaya Nadia Empire yang hadir selaku penaja untuk program Hero Dewi Remaja 2023 serta para peminat dan penonton yang memberi sokongan kepada peserta-peserta Hero Dewi Remaja 2023 sepanjang penerbitan program ini," tambah Idlan.
Pencarian Dewi Remaja yang memasuki edisi ke-13 ini telah dianjurkan oleh syarikat media, Nu Ideaktiv dengan kerjasama Astro dan menampilkan Scha Alyahya selaku hos Mentor sepanjang lapan episod.
Turut membuat persembahan pada malam kemuncak adalah barisan artis popular seperti Aisha Retno dan Nadeera Zaini. -Gempak
Gempak
Sat Dec 30 2023
Kemenangan Aiman dan Nurel itu sekali gus mengetepikan saingan 10 peserta lain yang turut berentap di pentas akhir Hero Dewi Remaja 2023. -Gempak
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Aiman Amer, Nurel Bahrin dinobat Hero Dewi Remaja 2023
Kemenangan Aiman dan Nurel itu sekali gus mengetepikan saingan 10 peserta lain yang turut berentap di pentas akhir Hero Dewi Remaja 2023.