awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aiman Hakim menangis dapat kejutan Zahirah MacWilson hamil

Gempak
Gempak
25/11/2022
09:57 MYT
Aiman Hakim menangis dapat kejutan Zahirah MacWilson hamil
Zahirah mendirikan rumah tangga dengan Aiman pada 8 Jun 2019 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Isaac Raees yang kini berusia setahun lebih.- Gempak
PERKONGSIAN pasangan selebriti Zahirah MacWilson dengan suaminya Aiman Hakim Ridza mengenai kehidupan bersama anak sulung mereka di laman sosial sentiasa menarik perhatian netizen.
Video kompilasi perjalanan dari awal Zahirah disahkan hamil cahaya mata pertama turut dimuat naik semula di akaun TikTok peminat aktres itu.
Menerusi video tersebut, Zahirah turut berkongsi momen ketika pertama kali dia memberitahu Aiman mengenai dirinya sedang hamil.
Raut wajah Aiman terus berubah menjadi sebak sehingga tidak dapat menahan air mata daripada mengalir ketika melihat keputusan ujian kehamilan isterinya.
Rata-rata netizen turut berasa sebak menonton momen tersebut selain ada juga segelintir mereka berharapkan dikurniakan cahaya mata juga.
“Auto bergenang air mata bila tengok video kejutan hamil macam ini. Moga aku dan suami diberikan peluang bergelar seorang ayah dan ibu.
“Tengok dia pregnant dulu, rasa macam nak pregnant saja lagi. Tapi kena fikir panjang bab nak hamil ini. Aku hamil, aku seorang diri, laki aku tak pernah bagi kasih sayang.
“Kalau dengar lagu ini dengan video orang TTC/pregnant journey, auto jadi sebak,” antara komen netizen.
Untuk rekod, Zahirah mendirikan rumah tangga dengan Aiman pada 8 Jun 2019 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Isaac Raees yang kini berusia setahun lebih. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Aiman Hakim Ridza
#Zahirah MacWilson
#video hamil
#TikTok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan