Air Force The Movie kutip RM6 juta selepas tiga hari ditayangkan

Gempak
Ogos 28, 2022 03:36 MYT
Baru sahaja ditayangkan selama tiga hari di Malaysia, filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya meraih kutipan RM6 juta. - Gambar GEMPAK
BARU sahaja ditayangkan selama tiga hari di Malaysia, filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya meraih kutipan RM6 juta.
Berita gembira itu diumumkan menerusi akaun rasmi Instagram filem aksi ketenteraan Malaysia malam tadi.
“Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya mengutip RM6 juta dalam tiga hari tayangan. Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyokong filem ini," demikian kapsyen yang mengiringi hantaran itu.
Dalam pada itu, para pelakon Air Force The movie juga turut melahirkan rasa gembira dan berkongsi berita tersebut menerusi platform Instagram masing-masing.
“Alhamdulilah. Pertama dalam sejarah selama tiga hari tayangan dengan kutipan RM6,000,000.00. Terima kasih pada semua yang menyokong,” tulis Datuk Adi Putra.
“Terima kasih atas sokongan anda semua! Teruskan menyokong filem tempatan! Filem #airforecethemovieselagibernyawa berjaya mengutip RM6 juta dalam masa tiga hari tayangan!” coret Aiman Hakim.
“#airforecethemovie berjaya mengutip RM6 juta dalam masa tiga hari tayangan! Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyokong filem ini. Alhamdulilah,” tulis Nas-T
#Air Force The Movie #Selagi Bernyawa #filem ketenteraan #Datuk Adi Putra