awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor peruntuk RM10 juta selenggara jalan kritikal
SpaceX alihkan tumpuan bina bandar di Bulan berbanding projek Marikh - Musk
Seleweng dana pusat dakwah: SPRM rakam percakapan pendakwah bebas, ketua jabatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' filem Malaysia paling banyak ditonton di Netflix

Faida Rahim
Faida Rahim
13/12/2023
15:52 MYT
'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' filem Malaysia paling banyak ditonton di Netflix
Filem ini turut mendapat kerjasama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Astro, Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), FXHammer Films dan SixFun Media. - Foto IMDB
KUALA LUMPUR: Filem 'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' muncul sebagai filem Malaysia yang paling banyak ditonton di platform penstriman digital Netflix antara Januari hingga Jun 2023.
Netflix yang menerbitkan laporan 'What We Watched' telah menyenaraikan senarai kandungan filem yang paling banyak ditonton di platform mereka tahun ini.
'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meraih tontonan sebanyak 4.7 juta, sekali gus muncul di kedudukan pertama.
Filem ini turut mendapat kerjasama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Astro, Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), FXHammer Films dan SixFun Media.
Filem yang mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh, menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As'ari, Luqman Hafidz,Scha Alyahya, Carmen Soo, dan ramai lagi.
Di tangga kedua, filem Mat Kilau meraih sebanyak 2.4 juta tontonan diikuti 'The Assistant' sebanyak 1.9 juta tontonan.
Filem Paskal (1.6 juta), Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal (1.4 juta) dan Rasuk (1.4 juta) menduduki tangga keempat hingga keenam.
Sementara itu, Geng: Pengembaraan Bermula (1.2 juta), Boboiboy Movie 2 (1.1 juta), M4M4 (1.1 juta) dan Jwanita (600,000) menduduki tangga ketujuh hingga sepuluh.
Terdapat lebih 18,000 kandungan dalam senarai yang dikongsi oleh Netflix.
Para pelanggan Astro kini boleh menstrim Netflix menerusi Ultra Box.
Untuk melanggan sila klik: https://www.astro-com.my/pakej-astro/?gclid=Cj0KCQiAyeWrBhDDARIsAGP1mWQtB43CKJ5AINquCvLqpj_eeXq6c7k-pLz5Habm1KckWNEpye9NcdAaAvDsEALw_wcB
Topic Berkaitan
#Astro
#Mat Kilau
#Air Force The Movie Selagi Bernyawa
#Netflix
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan