HIBURAN

Aisha Retno nafi lagu 'Tak Adil' tiru 'Happier Than Ever'

Gempak 12/07/2025 | 06:53 MYT
Aisha Retno menafikan dakwaan bahawa lagu terbaharunya "Tak Adil" menyerupai lagu "Happier Than Ever" oleh Billie Eilish. -Gempak
PENYANYI dan komposer, Aisha Retno menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa lagu terbaharunya, "Tak Adil" sama dengan lagu nyanyian Billie Eilish iaitu "Happier Than Ever".


Ringkasan AI
  • Aisha Retno menafikan dakwaan bahawa lagu terbaharunya "Tak Adil" menyerupai lagu "Happier Than Ever" oleh Billie Eilish, walaupun mengakui terdapat sedikit inspirasi.
  • Menurut Aisha, genre pop rock dan elemen jeritan dalam lagu mungkin menyebabkan persepsi tersebut, namun melodi dan penceritaan kedua-dua lagu sangat berbeza.
  • Lagu "Tak Adil" merupakan ciptaan bersama Aisha dan adiknya, Radityo, dan Aisha menegaskan akan mengakui persamaan jika benar-benar wujud.


Jelas Aisha, karya terbaharunya itu mungkin mempunyai sedikit inspirasi daripada lagu tersebut namun penceritaan untuk kedua-dua naskhah itu sangat-sangat berbeza.

“Saya banyak mendapat komen seperti ini sejak saya keluarkan lagu Sutera lagi tapi bagi saya ia mudah kalau kita belajar muzik sebab melodi ada sampai tujuh sahaja jadi untuk rombak ia hanya dalam area situ sahaja.

“Genre pop rock memang begitu dan mungkin sebab saya letakkan jeritan dalam lagu itu ia menyebabkan ramai yang beranggapan lagu itu sama tapi kalau kita dengar balik kedua-duanya sangat berbeza, terinspirasi itu ada tapi bukanlah 100 peratus sebab storyline sangat berbeza,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Sutera itu juga menegaskan tidak akan sesekali menafikan sekiranya lagu tersebut mempunyai persamaan.

“Saya menafikan lagu saya sama seperti yang diperkatakan tapi kalau benar sama saya akan cakap ia sama,” tambahnya.

Lagu "Tidak Adil" merupakan ciptaan bersama Aisha dan adiknya, Radityo. -Gempak






#Aisha Retno #Tak Adil #Happier than Ever #Billie Eilish