Vokalis kumpulan The Akim & The Magistrate iaitu Akim telah selamat melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya yang juga penyanyi, Stacy tengahari tadi.

Berita ini disahkan melalui Hlive menerusi laman sosial Instagram rasmi program televisyen itu, petang tadi.

Menerusi foto yang dimuatnaik Hlive, Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 24, berkata dia berasa syukur pertunangannya dengan Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy binti Anam, 25, berjalan lancar.

"Syukur alhamdulillah. Majlis pertunangan saya @akimahmad dan bakal isteri saya @stacyanam telah selamat berlangsung tadi pada 26 September, 2015. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Dan doakan yang terbaik untuk kami di masa akan datang,” kata Akim melalui kapsyen Instagram tersebut.

Majlis pertunangan pasangan bekas bintang Akademi Fantasia ini dikatakan telah diadakan secara tertutup di Lembah Klang dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat rapat mereka.

Tahniah kepada Akim dan Stacy dari kami warga Astro Gempak.