Aktres Korea Kim Bo-kyung meninggal dunia selepas 11 tahun hidap kanser hati

Agensi
Februari 8, 2021 03:26 MYT
Selepas 11 tahun bertarung dengan kanser hati, pelakon Korea Selatan, Kim Bo-kyung menghembuskan nafas terakhir pada 1 Februari lalu. -Instagram / d.h_tvxq
SELEPAS 11 tahun bertarung dengan kanser hati, pelakon Korea Selatan, Kim Bo-kyung menghembuskan nafas terakhir pada 1 Februari lalu.
Menurut portal berita Hankook Ilbo, mendiang Kim telah disemadikan di kampung halamannya di Busan.
Buat masa ini, tiada kenyataan rasmi dari pihak keluarga berhubung kematiannya.
Kim merupakan graduan dari Seoul Institute of Arts dan mula berkecimpung dalam industri filem dengan membintangi “Naked Being” pada tahun 1998.
Bintang Kim mula menyerlah selepas beliau membintangi drama TV, “School 4” pada tahun 2001.
Beliau turut popular melakonkan watak Kim In-yeong dalam filem, “The Epitaph” (2007), Kang Hee-jae dalam drama-K, “Behind The White Tower” (2007), dan Kyoung-jin dalam “The Day He Arrives” (2011).
#Kim Bo-kyung #Kanser hati #meninggal dunia #The Epitaph #Behind The White Tower #The Day He Arrives #pelakon Korea Selatan