"Aku yang lalang kau yang panas" - Wak Doyok

Khairunnisa Kasnoon
Mei 14, 2018 06:33 MYT
Kini, Wak Doyok tampil dengan #AkuYangLalangKoYangPanas di laman Instagram peribadinya. - Sumber foto Instagram @WakDoyok
PASCA-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pelbagai reaksi diterima di media sosial.
Selebriti media sosial, Wak Doyok juga tidak terkecuali.
Dilabel lalang, Wak Doyok atau nama sebenar Mohd Azwan Md Nor kini tampil menjawab kritikan netizen terhadapnya selepas pesta demokrasi PRU14 berakhir pada 9 Mei lalu.
Menggunakan #AkuYangLalangKoYangPanas dan #Airlalangmemangsedapdiminum Wak Doyok di laman Instagram peribadinya, tenang memberi respon kepada netizen yang mengecamnya susulan tindakannya yang disifatkan sebagai tidak tegas.
“Apa macam suke kutuk orang #AkuYangLalangKoYangPanas.
Wak Doyok dikritik kerana didakwa mengubah haluannya secara tiba-tiba sejurus selepas Barisan Nasional (BN) tewas kepada Pakatan Harapan (PH) dalam PRU.

Jilat sampai licin wak jilattttt pic.twitter.com/NUBCpfh2gF

— Kemal Grey (@akmalhizzat) May 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Periuk nasi kami dulu hampa tak fikir pulak? Parasit-parasit macam ni yang kita kena berjaga-jaga. pic.twitter.com/D6mYhdXEfy

— Jrry (@kuihgulung) May 11, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

lalang tumbuh teruk pic.twitter.com/Rv9dM1poIZ

— Yamero! : Jerusalem is the capital of PALESTINE(@yameromaboroshi) May 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jika mengikut pemerhatian pengikut tegar Wak Doyok di media sosial, sebelum ini beliau setia menyokong BN.
Namun, kini secara terang-terangan dia menyatakan sokongan terhadap PH.
Katanya, tindakan itu (menyokong BN) adalah kerana ingin menjaga periuk nasi dan karier.
"Sekarang mereka menunjukkan sokongan kepada kita, jangan la pulak kita hina. Terima mereka dengan hati terbuka.
Catatan ini ditulis Wak Doyok sebelum ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas satu perjumpaan bersama barisan astis lain .
"Terima kasih Tun M menjemput kami dan memahami orang-orang macam saya yang menyokong dalam senyap," ujarnya.
#Barisan Nasional #lalang #Mahathir Mohamad #media sosial #Pakatan Harapan #Perdana Menteri #PRU #Twitter #Wak Doyok