Akui khilaf terkasar bahasa, Abang Naz harap ia bukan penamat isu keselamatan

Madiha Abdullah
September 17, 2017 07:47 MYT
Abang Naz tetap dengan pendirian bahawa isu keselamatan perlu diteliti dan diambil berat oleh pihak-pihak berwajib./Foto Facebook
PERSONALITI televisyen yang menjadi bualan ramai kebelakangan ini, Nazrudin Rahman, memohon maaf kerana menggunakan perkataan bangsat untuk mengkritik insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Menerusi kemas kini status di Twitter, Nazrudin mengakui perkataan itu agak keterlaluan, sekalipun ia ditujukan kepada kenyataan yang dikeluarkan pengetua pusat tahfiz itu, dan bukannya menyelar peribadi pengetua terbabit.
Katanya, ia satu kekhilafan di pihaknya kerana menulis dalam keadaan marah.

In light of the arrests, saya minta maaf atas bahasa keras yang saya guna. Terlalu cepat kita menaip, bila marah tetapi sayang.

— Nazrudin Rahman (@NazrudinRahman) September 16, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Please don't ease the pressure, in light of the investigation. We want better safety standards for tahfiz schools NOW.

— Nazrudin Rahman (@NazrudinRahman) September 16, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bangsat was a strong word, walaupun ditujukan kepada statement pengetuanya, BUKAN pengetuanya sendiri. So I apologise for hurting feelings.. https://t.co/n83UwLGTVx

— Nazrudin Rahman (@NazrudinRahman) September 17, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Naz, atau Abang Naz, bagaimanapun tetap dengan pendirian bahawa isu keselamatan perlu diteliti dan diambil berat oleh pihak-pihak berwajib, malah berpendapat, kehilangan nyawa mungkin boleh dikurangkan jika pusat tahfiz berkenaan dilengkapi sistem keselamatan yang sepatutnya.

Bahasa kasar saya akui, maaf dari saya. Tapi hakikat tetap sama. Bayangkan, kalau ada pemadam api, mungkin mereka ada peluang. Safety NOW. https://t.co/GY73dC90Pp

— Nazrudin Rahman (@NazrudinRahman) September 16, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambahnya, pelajar tahfiz merupakan ahli kitab yang sepatutnya dihargai dan salah satu cara untuk menunjukkan perhargaan itu adalah menerusi kebajikan mereka.
"Kalau ahli kitab diibaratkan sebagai permata di atas takhta Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk memberi yang terbaik," tulis Naz.

Saya sangat berharap, ketujuh belia dihukum setimpal, jika disabit kesalahan. Tapi sangat sangat berharap isu piawaian keselamatan....

— Nazrudin Rahman (@NazrudinRahman) September 16, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

tidak dilupakan sia-sia. Kalau ahli Kitab diibaratkan sebagai permata di atas takhta Islam, menjadi tanggungjawab untuk memberi yang terbaik

— Nazrudin Rahman (@NazrudinRahman) September 16, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kita jaga permata dalam peti besi, kan? Bukankan permata harus dijaga dengan sebaik2nya? Dengan selamatnya?

— Nazrudin Rahman (@NazrudinRahman) September 16, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Islam #kebakaran #keselamatan #Nazrudin Rahman #pelajar #Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah #Twitter