Alami jangkitan dalam usus, Fakhrul UNIC masuk hospital

Gempak
September 30, 2019 06:06 MYT
Peminat serta rakan artis meninggalkan komen serta mendoakan supaya Fakhrul kembali pulih selepas menerima rawatan. - Astro GEMPAK
PENYANYI kumpulan UNIC, Fakhrul dimasukkan ke hospital selepas dilaporkan mengalami jangkitan dalam usus.
Jangkitan tersebut menyebabkan Fakhrul sakit perut yang teruk dan demam sejak Jumaat lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), pentadbir akaun rasmi UNIC berkongsi gambar ketika dia sedang terlantar di sebuah hospital dan menerima rawatan susulan akibat masalah kesihatan yang dialaminya itu.
"Semoga Allah memberikan kesembuhan kepadanya.
"Mohon semua doakan kesihatan Krol. Sakit perut ditahan di hospital," tulisnya.
Rata-rata peminat serta rakan artis terkejut dan risau dengan keadaannya. Mereka meninggalkan komen serta mendoakan supaya Fakhrul kembali pulih selepas menerima rawatan.
Kami di Gempak mendoakan agar Fakhrul kembali sihat seperti biasa selepas menerima rawatan di hospital.
#demam #Fakhrul #Hospital #Instagram #jangkitan #kesihatan #nasyid #penyanyi #Sakit perut #UNIC #usus