Album baru bakal pamer sisi matang Yuna

Astro Awani
Disember 29, 2015 07:09 MYT
Yuna turut berduet dengan penyanyi R&B Amerika Syarikat, Usher dalam salah sebuah lagu dalam album berkenaan. - Foto Facebook Yuna Music
Album baru Yunalis Zarai atau Yuna yang dijangka menemui peminat sekitar Februari 2016 ini bakal menonjolkan genre muzik yang berbeza dengan albumnya yang terdahulu.
Menurut penyanyi dan pencipta lagu ini, sebelum namanya dikenali sebagai penyanyi lagu indie, nyanyian dan persembahannya lebih cenderung kepada rentak R&B.
“10 tahun dahulu, tidak ramai yang tahu saya selalu menyanyikan semula lagu berentak R&B seperti lagu-lagu dari kumpulan Destiny Child.
“Demi minat yang masih ada pada genre tersebut, album yang terbaru ini akan mempamerkan sisi matang saya di mana konsep yang digunakan menampilkan keseimbangan antara R&B dan muzik Indie,” jelas Yuna yang menulis sepenuhnya lagu-lagu untuk album baru.
Kata Yuna, album barunya ini mengambil masa yang lama untuk dilengkapkan bagi memastikan ia tidak disiapkan dalam kadar tergesa-gesa.
BACA: Yuna jelajah Eropah tahun depan
BACA: Yuna berkolaborasi dengan David Foster
Pada masa sama, Yuna turut berpeluang merakamkan duet dengan penyanyi R&B Amerika Syarikat, Usher dalam salah sebuah lagu di dalam album berkenaan.
Ikuti temubual penuh mengenai album baru dan perancangan 2016 Yuna di Agenda AWANI pada 2 Januari ini.
Yuna muncul dalam Buletin AWANI 12 pada Selasa
#album terbaru #Usher #Yuna #Yunalis Zarai