awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alha Alfa pasrah kek kaca 8 tingkat roboh ketika majlis resepsi

Gempak
Gempak
07/10/2019
10:00 MYT
Alha Alfa pasrah kek kaca 8 tingkat roboh ketika majlis resepsi
Alha percaya jisim kek yang dihiasi kaca pada bahagian puncaknya yang terlalu berat menjadi punca binaan kek itu roboh.
JURUSOLEK dan usahawan kosmetik popular Datuk Alha Alfa terpaksa akur apabila kek setinggi lapan tingkat yang dihasilkan sempena majlis resepsi semalam roboh ketika sesi bergambar.
Kata Alha dia bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku ketika kejadian tersebut.
"Tak apalah rezeki setakat itu sahaja. Saya tak marah pun, beratus kali mereka minta maaf.
"Walaupun dalam perancangan nak pacak kek itu tengah-tengah rumah. Habis berderai semuanya.
"Apapun Abang Nas (Great Idea) memang superb kek itu. Syukur tak ada orang di belakang kalau tak jenuh berjahit muka nanti," tulisnya pada entri terbaharu di Instagram.
Dalam rakaman video terbabit, Alha bersama beberapa tetamu yang hadir pada majlis tersebut sedang berdiri di hadapan kek lima tingkat itu sebelum tiba-tiba terbalik ke belakang.
Alha percaya jisim kek yang dihiasi kaca pada bahagian puncaknya yang terlalu berat menjadi punca binaan kek itu roboh.
"Kek ini punya berat mungkin meja yang sokong itu pun dah menyerah diri dah tunggu masa saja bergegar sikit terus roboh.
"Terima kasih kerana merealisasikan impian kek kaca saya. Punya ramai orang tolak sebab tak nak ambil risiko. Sekarang saya faham risikonya.
"Apapun usaha yang abang ambil untuk buat kek saya itu sangat saya hargai," tambah Alha.
View this post on Instagram
takpelah rezeki takat tu je..sy xmarah pun hehehe beratus kali depa mntak maaf walupun dalam perancangan nak pacak kek tu tgh2 rumah..hahah hbis berderai semuanya
Topic Berkaitan
#Alha Alfa
#Instagram
#kek kaca pecah
#kek lapan tingkat
#kek roboh
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan