'Alhamdulilah kami dah selamat pulang...' - Hanis Zalikha sekeluarga dipuji

Gempak
Disember 21, 2018 00:00 MYT
Pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen serta anak mereka Yusuf Iskandar difahamkan selemat pulang dari mengerjakan Umrah di tanah suci Mekah. - Foto IG Hanis Zalikha
PELAKON Hanis Zalikha dan Hairul Azreen serta anak mereka Yusuf Iskandar difahamkan selemat pulang dari mengerjakan Umrah di tanah suci Mekah.
Menerusi akaun Instagram (IG) rasmi Yusuf, mereka memaklumkan perkara tersebut.
“Mekah memori, Alhamdulilah kami dah selamat pulang ke tanah air...”tulisnya.
Dalam entri tersebut, mereka berkongsi sepotong video yang menunjukkan aktiviti bersedekah Hairul dan Yusuf di sana.
Selain itu, foto yang paling mendapat perhatian adalah kecomelan Yusuf bergambar di hadapan Kaabah
Sementara itu, Hanis dan Hairul juga turut berkongsi foto-foto lain mereka di sana di IG masing-masing.
Rata-rata memuji sikap pasangan itu yang tidak memuat naik foto atau memaklumkan kepada umum di laman sosial sebelum atau ketika mengerjakan ibadah tersebut seperti selebriti lain.
Berikut merupakan foto-foto mereka di sana.
#Hairul Azreen #Hanis Zalikha #Instagram #laman sosial #umrah #Yusuf #Yusuf Iskandar