BEKAS penyampai radio, Ismahalil Hamzah menyatakan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk menjadi wali bagi majlis perkahwinan anak sulungnya, Saidatul Nadiah, 27.
Menurut Isma, tiada kata dan perasaan yang dapat diungkapkan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskannya atas pertuduhan mengedar dadah dua tahun lalu.
“Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan saya sekarang, saya yakin kebebasan saya adalah kerana kebenaran dan kasih sayang Allah pada saya.
“Doa kawan-kawan… Masya-Allah saya pun tak tahu nak kata apa, hampir dua tahun saya dekat penjara,” katanya ketika ditemui pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin.
Malah kata Ismahalil lagi, fokusnya kini adalah pada keluarga terutama ibunya yang sedang sakit.
“Hari ini saya dapat merasai kebebasan. Dapat jumpa anak isteri saya. Mak saya sakit dekat rumah, itulah keutamaan saya.
“Anak saya juga bakal berkahwin tidak lama lagi. Alhamdulillah… Saya dapat jadi wali. Jika tiada aral melintang saya akan membuat kenduri kesyukuran di kampung dan juga Kuala Lumpur,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ismahalil juga turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sering mendoakan dirinya.
“Kepada para pendengar dan juga sahabat sahabat saya, doa kalian adalah sesuatu yang kuat untuk saya.
“Dua tahun ini banyak memberikan pengajaran buat saya. Banyak yang saya belajar dan tak mungkin saya dapat cakap semuanya, terima kasih,” ujarnya sebak.
Terdahulu, Ismahalil Hamzah tidak dapat menahan sebak dan terus membuat sujud syukur selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskannya atas pertuduhan mengedar dadah. -- Gempak
Gempak
Mon Jul 17 2023
Menurut Isma, tiada kata dan perasaan yang dapat diungkapkan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskannya atas pertuduhan mengedar dadah dua tahun lalu.- Gempak
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
"Alhamdulillah, saya dapat jadi wali" - Ismahalil sebak masih diberi peluang
Ismahalil Hamzah menyatakan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk menjadi wali bagi majlis perkahwinan anak sulungnya, Saidatul Nadiah.