HIBURAN
Alicia Wong Lingling lakar sejarah sebagai penyanyi K-pop wanita pertama Malaysia

Alicia Wong Lingling (foto) mencipta sejarah sebagai idola K-pop wanita pertama dari Malaysia apabila diumumkan sebagai ketua kumpulan dan vokalis utama kumpulan baharu KIIRAS. -Foto Media Hiburan
GADIS dari Klang, Selangor, Alicia Wong Lingling, 20, melakar sejarah apabila diumumkan sebagai ketua kumpulan dan vokalis utama kumpulan K-pop baharu, KIIRAS, sekali gus menjadi idola K-pop wanita pertama dari Malaysia.
Ringkasan AI
- Alicia Wong Lingling, 20, dari Klang, Selangor, mencipta sejarah sebagai idola K-pop wanita pertama dari Malaysia apabila diumumkan sebagai ketua kumpulan dan vokalis utama kumpulan baharu KIIRAS.
- Selepas menyertai program realiti I-LAND 2 dan menjalani latihan di YG Entertainment serta WakeOne, bakat Lingling menarik perhatian LeanBranding yang melantiknya sebagai ahli pertama KIIRAS bersama lima ahli lain.
- Single sulung kumpulan berjudul *Kill Ma Bo$$* yang dilancarkan pada 29 Mei 2025 berjaya meraih lebih 6.4 juta tontonan dalam masa kurang 12 hari, dan album mini pertama mereka dilancarkan pada 9 Jun, menampilkan pelbagai genre muzik serta imej -cowgirl- moden.
Meskipun tidak berjaya menempatkan diri dalam barisan akhir kumpulan tersebut, bakat serta ketekunannya berjaya menarik perhatian syarikat agensi hiburan LeanBranding yang akhirnya memilih beliau sebagai bakat baharu.
Beliau dilantik sebagai ahli pertama dan ketua kumpulan KIIRAS pada April lalu. Selain Lingling, lima lagi ahli Kumpulan KIIRAS yang lain ialah Kurumi, Harin, Kylie, Doyeon dan Roah.
Single sulung kumpulan itu berjudul Kill Ma Bo$$, yang dilancarkan pada 29 Mei 2025, memperkenalkan konsep unik berteraskan elemen muzik country, R&B dan hip-hop yang digabungkan bersama tema visual “cowgirl” moden.
Lingling yang fasih dalam bahasa Cina, Inggeris, Korea dan Bahasa Malaysia, menampilkan imej idola K-pop generasi kelima yang bersifat global serta serba boleh.
Kemampuan vokalnya yang menyerlah dalam persembahan sulung KIIRAS membuktikan beliau bukan sahaja mampu memimpin kumpulan baharu itu, malah berpotensi menjadi generasi baharu penyanyi K-pop unggul.
Album mini pertama KIIRAS telah pun dilancarkan pada 9 Jun lalu yang menampilkan pelbagai genre muzik sebagai bukti kepelbagaian serta kebolehan ahli kumpulan tersebut. -Media Hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami