awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

All Stars GV: ‘Back to back’, Jaclyn Victor dinobat juara sekali lagi

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
10/12/2023
16:21 MYT
All Stars GV: ‘Back to back’, Jaclyn Victor dinobat juara sekali lagi
Persembahan mantap Jaclyn menerusi lagu When You Believe dan Sandarkan pada kenangan berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro. - Gambar IG Astro Gempak
KUALA LUMPUR: Selepas 12 minggu berhempas pulas di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) gelaran juara akhirnya menjadi milik Jaclyn Victor.
Keputusan itu sekali gus telah menafikan kedudukan tujuh pesaing terdekatnya.
Persembahan mantap Jaclyn menerusi lagu When You Believe dan Sandarkan pada kenangan berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Bukan itu sahaja, Jaclyn juga berjaya membawa pulang pakej percutian ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan, pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London, dan baucer dekorasi ruangan sumbangan Ritz Reka.
Sementara itu, tujuh finalis ASGV membawa pulang pakej percutian sumbangan Kaki Jalan, wang tunai bernilai RM10,000 dan Trofi Gegar Vaganza.
Konsert akhir All Stars Gegar Vaganza yang dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse turut menampilkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli M.S sebagai juri tetap dan ditemani Ratu Rock Negara, Ella selaku juri jemputan.
Antara selebriti yang hadir memeriahkan penutup konsert ASGV adalah Amir Ahnaf, Anna Jobling, Aina Abdul, Datuk Ramli Sarip, Datuk Jamal Abdilah, dan Cakra Khan.
Berlangsung selama tiga jam setengah, pentas akhir ASGV menutup tirainya di Axiata Arena, Bukit Jalil selepas berlangsung di Auditorium MBSA selama 11 minggu.
Topic Berkaitan
#All Stars Gegar Vaganza
#pakej percutian
#dekorasi ruangan
#Jaclyn Victor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan