"Allah sayang padamu" - Penyanyi Azreen Manan meninggal dunia

Gempak
Ogos 18, 2018 08:00 MYT
Azreen Manan menghembuskan nafas terakhirnya hari ini. -Gempak
PENYANYI era 90-an, Azreen Manan, 41, telah menghembuskan nafas terakhirnya hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh sahabat karibnya, Datin Seri Umie Aida menerusi Instagramnya sebentar tadi.
"Allah sayang pada mu Azreen, tenanglah mu di sana. Al-fatihah," tulis Umie.
Selain Umie, pelakon Erra Fazira turut menitipkan coretan terakhirnya buat arwah Azreen.
#Azreen Manan #meninggal dunia #penyanyi era 90an