awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Allah telah tulis jodoh, ajal maut dan ..." - Amira Othman

Gempak
Gempak
17/09/2025
00:20 MYT
"Allah telah tulis jodoh, ajal maut dan ..." - Amira Othman
Amira Othman dan Fattah Amin diijabkabulkan pada 14 September lalu.
PENYANYI Amira Othman meluahkan rasa syukur dan penuh makna apabila tarikh 14 September menjadi detik istimewa dalam kehidupannya.
Dalam satu hantaran di Instagram, Amira berkongsi bahawa setiap urusan hidup manusia telah ditentukan oleh Allah, termasuk jodoh, ajal dan rezeki.
“Alhamdulillah, 14/9 adalah tarikh yang sangat bermakna buat saya. Telah Allah tulis tentang jodoh, ajal, maut dan semua urusan hidup kita.
"Pastinya kita semua punya takdir yang berbeza-beza. Ujian dan nikmat juga berbeza-beza. Betapa Allah itu Maha Kaya,” tulisnya.
Menurut Amira, meskipun manusia tidak mengetahui apa yang menanti mereka di hadapan, keyakinan kepada ketentuan Ilahi menjadi pegangan utama dalam hidupnya.
“Tapi apa yang pasti, tidak ada seorang manusia pun yang tahu akan nasib dan takdir kita, tapi kita harus yakin bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Apa sahaja yang Dia tentukan adalah yang terbaik. Dan akan jadi pada waktu yang paling baik,” tambahnya lagi.
Dalam hantaran itu, Amira turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus menitipkan doa untuknya.
“Terima kasih atas doa yang baik-baik untuk kami. Moga Allah kabulkan doa itu buat kalian semua,” tulisnya lagi. - Gempak
Topic Berkaitan
#Amira Othman
#Fattah Amin
#SetulusTakdir
#Fattah-Amira
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan