HIBURAN
Amang seksual: “Saya komited untuk bersihkan nama" - Naim Daniel
Naim Daniel mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan. - Foto Bernama
PENYANYI dan pelakon, Naim Daniel memberitahu dia sudah bersedia untuk memberi kerjasama dan tekad untuk membersihkan nama baiknya.
Ringkasan AI
Dakwaan tuduhan berat
Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, berkongsi perkara itu selepas selesai prosiding pertuduhan melakukan amang seksual melibatkan remaja bawah umur di Mahkamah Seksyen di Putrajaya.
"Saya dekat sini baru saja didakwa dengan satu tuduhan yang berat, saya tahu banyak persoalan dan tanda tanya.
"Buat masa ini saya enggan mengulas panjang berkenaan kes ini sebab masih di peringkat awal dan tak mahu ada campur aduk sehingga boleh menggangu perbicaraan nanti.
“Untuk masa sekarang saya serahkan kepada sistem keadilan dan saya komited untuk bagi kerjasama penuh bagi membersihkan nama saya.
“Saya harap dapat doa daripada semua orang," katanya kepada media.
Mahu fokus kehidupan
Dalam pada itu, penyanyi lagu Lelaki Gila itu mengakui dia tidak mahu terlalu memberikan fokus dengan kes tersebut dan hanya memberi tumpuan kepada kehidupannya sahaja.
"Saya sihat, terima kasih sebab bertanya. Sekarang saya hanya fokus kepada kehidupan saya," jelasnya.
Pada Selasa, Naim mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan amang seksual terhadap remaja berusia 17 tahun di Mahkamah Seksyen di Putrajaya.
Selebriti berusia 28 tahun itu dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000 dan pasport antarabangsanya diserahkan kepada pihak mahkamah.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.
Mangsa dikatakan berkenalan dengan artis terbabit di sebuah kafe tempatnya bekerja sejak tiga bulan lalu.
Mereka kemudian bertemu beberapa kali selepas perkenalan itu. Suspek kemudian membawa mangsa bertemu di sebuah hotel dan didakwa melakukan perbuatan amang seksual fizikal.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017 kerana telah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa. -- Gempak
Ringkasan AI
- Naim Daniel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Putrajaya atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor pada 19 Mei lalu.
- Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM12,000 dan menyerahkan pasport, serta dilarang menghubungi mangsa atau saksi pendakwaan.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
- Naim menyatakan komitmen untuk membersihkan nama dan memberi kerjasama penuh, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih di peringkat awal dan tidak mahu mengganggu proses perbicaraan.