ENTERTAINMENT
Amar bakal tinggalkan keluarga 3 bulan, Amyra percaya suami pandai jaga diri
Amyra percaya suaminya mampu menjaga diri dengan baik namun mempunyai satu permintaan iaitu supaya Amar sentiasa kemas kini dan maklumkan keberadaannya sepanjang misi berbasikal Kembara Makkah itu nanti. - Foto Gempak
PELAKON Amyra Rosli mengakui dia pada awalnya tidak dapat menerima kenyataan suaminya yang juga aktor, Amar Baharin akan menjayakan misi berbasikal ‘Kembara Makkah’, pada April ini.
Reda, berlapang dada
Amyra atau nama sebenar Nur Amira Izzati Rosli, bagaimanapun reda dan berlapang dada dengan permintaan suaminya itu.
Jelasnya, sebagai isteri dia perlu menyokong apa jua yang dilakukan suami dan mendoakan perjalanan Amar ke Tanah Suci dipermudahkan.
"Amar akan pergi berkayuh selama tiga bulan tinggalkan saya dan anak-anak. Awalnya memang tak boleh nak terima idea itu, sebab tempoh itu sangat lama.
"Namun dia maklumkan terlebih awal, jadi ada tempoh saya untuk kawal emosi dan muhasabah diri. Kalau saya sebagai isteri tidak menyokong dia, bagaimana nanti perjalanan dia mahu ke sana.
"Saya serahkan segalanya kepada Allah dan mendoakan urusannya sentiasa dipermudahkan,” kata Amyra.
Pandai jaga diri
Tambah pelakon pelakon berusia 33 tahun itu lagi, dia percaya suaminya mampu menjaga diri dengan baik namun hanya mempunyai satu permintaan supaya Amar sentiasa mengemas kini dan maklumkan keberadaannya.
"Tipu kalau tidak timbul perasaan risau, saya percaya Amar seorang yang sangat berhati-hati. Saya tak minta perkara tidak elok terjadi, semoga Allah melindunginya, saya reda.
“Saya pesan dekat dia, selagi tidak mengganggu perjalanannya minta tolong 'update' atau telefon saya dengan anak-anak,” ujarnya.
Amar akan berbasikal menuju ke Makkah bersama rakannya yang juga pendaki Gunung Everest, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.
Amar berkata, idea timbul selepas dia dan Muhamad Muqharabbin sering melakukan rutin berbasikal hingga 200 kilometer seminggu.