AME2019 kembali menggegarkan, undian Top 5 bermula!

Asyraf Roslan
Mac 20, 2019 01:22 MYT
Para peminat boleh membuat undian menerusi laman web "AME2019" serta melalui kiriman SMS bermula 19 Mac jam 6 petang sehingga 21 April, jam 12 tengahari. - Instagram Astro Gempak
Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) bakal kembali mengegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil, April ini.
AME2019 akan dihoskan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad, Neelofa dan Jihan Muse.
Menurut Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad, AME2019 akan mengetengahkan tema Glam dengan tagline "Yang Legit, Yang Legend".
"Kita mengekalkan tagline Yang Legit Yang Legend! bagi menghargai mereka yang sudah lama dan baharu menyinari industri hiburan," katanya di sidang media Top 5 AME2019, di ibu negara pada Selasa.
Tambahnya untuk AME2019, 16 kategori dipertandingkan dan satu anugerah khas yang akan dianugerahkan kepada individu yang telah banyak berjasa dalam industri hiburan.
BACA: Neelofa, Nabil tarik diri pencalonan Top 5 AME2019
AME2019 bakal berlangsung pada 21 April depan bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil pukul 9 malam.
Undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir bagi 16 kategori boleh dilakukan menerusi laman web AME2019 dan portal Era serta kiriman Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bermula Selasa.
Berikut senarai penuh calon top 5 bagi setiap kategori:
Lagu MeleTOP
Anta Permana
Di Matamu
Haram
Jatuh Bangun
Sampai Bila
Filem MeleTOP
Hantu Kak Limah
KL Special Force
Langsuir
Munafik 2
Pulang
Hos MeleTOP
Alif Satar
Jihan Muse
Sherry Alhadad
Siti Nordiana
Zizan Razak
Fesyen MeleTOP
Fazura
Fattah Amin
Remy Ishak
Scha Alyahya
Syafiq Kyle
Penyanyi MeleTOP
Datuk Seri Siti Nurhaliza
Haqiem Rusli
Khai Bahar
Siti Nordiana
Sufian Suhaimi
Bintang Filem MeleTOP
Fattah Amin
Remy Ishak
Syafiq Kyle
Syamsul Yusof
Zizan Razak
Couple MeleTOP
Eira Syazira & Azad Jazmin
Jihan Muse & Ungku Hariz
Mia Ahmad & Mohd Izham Tarmizi
Nur Fazura & Fattah Amin
Vivy Yusof & Fadza Anuar
Si Cilik MeleTOP
Aqeef Anaqi
Jebat Jayden
Lara Alana
Syeriv Shamheizy
Yusoff Al Qardawi
Pelakon TV MeleTOP
Fattah Amin
Fendy Bakry
Mira Filzah
Remy Ishak
Syafiq Kyle
Program MeleTOP
Big Stage
Gegar Vaganza 5
Maharaja Lawak Mega 2018 ep 1
Sepahtu Reunion Live Al Puasa
Tazkirah Malam Jumaat
Artis Baharu MeleTOP
Andi Bernadee
Eyra Hazali
Luqman Faiz
Sarah Suhairi
Syafiq Farhain
Artis Lawak MeleTOP
Bocey
Fikry Ibrahim
Jep
Jihan Muse
Zizan Razak
Penyampai Radio MeleTOP
DJ Lin
Jep
Johan
Radin
Sharifah Shahirah
Group/Duo MeleTOP
Akim & The Majistret
Caliph Busker & Faizal Tahir
Floor 88
Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
Tajul & Wany Hasrita
Drama MeleTOP
Cik Reen Encik Ngok Ngek
Dia Anak Jeneral
Lelaki Kiriman Tuhan
Mr. Grey
Tak Ada Cinta Sempurna
Program Radio MeleTOP
JoHaRa Pagi ERA
Pagi di SINAR
PM ERA
Super 40 ERA
Suria Cinta
#AME2019 #Anta Permana #Anugerah MeleTOP Era 2019 #Astro #ERA JE #hiburan #Meletop #Siti Nurhaliza